Harian Metro

Dipertangg­ungjawab di depan Allah

-

Anekdot yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW ini menjadi pembuka bicara mengenai amanah yang sering diperkatak­an patut dimiliki oleh setiap manusia yang menjalani kehidupan akan diminta pertanggng­jawaban dan dipersoalk­an pada hari kemudian.

Adalah menjadi kebiasaan Abu Dajanah selalu berdoa di belakang Rasulullah SAW, tetapi sebaik saja dia selesai solat, dia akan bergegas keluar dari masjid dengan cepat meninggalk­an jemaah seolah-olah ada perkara yang mendesak menantinya.

Apa yang dilakukan Dajanah setiap kali usai solat menarik perhatian Rasulullah SAW dan suatu hari baginda menghentik­annya dan bertanya kepadanya: “Wahai Abu Dajanah, tidakkah kamu memerlukan sesuatu daripada Allah?”

Abu Dajanah berkata: “Wahai Rasulullah, ya, saya tidak boleh hidup tanpa Allah walaupun dengan sekelip mata.”

Lantas Nabi SAW bertanya: “Jadi kenapa kamu tidak tinggal bersama kami selepas solat dan tanya Allah apa yang kamu perlukan?”

Abu Dajanah berkata: “Sebabnya saya mempunyai jiran Yahudi yang mempunyai pohon tamar dan cabangnya ada di halaman rumah saya, oleh itu, apabila angin bertiup pada waktu malam, buah tamar jatuh ke halaman saya.

“Itulah sebabnya ya Rasulullah melihat saya keluar dari masjid dengan cepat, supaya saya boleh pergi dan mengumpul tamar dan mengembali­kannya kepada pemilik, sebelum anak saya bangun kerana apabila mereka bangun, mereka akan memakannya kerana mereka lapar.

“Saya bersumpah kepada Allah, Wahai Rasulullah, bahawa suatu hari saya melihat seorang anak saya mengunyah tamar dan saya meletakkan jari saya di kerongkong­nya dan membawanya keluar sebelum dia menelannya.

“Apabila anak saya menangis, saya berkata kepadanya: ‘Apakah anda tidak malu untuk berdiri di hadapan Allah sebagai pencuri?’ Satu ucapan yang mungkin tidak boleh difahami oleh anak yang masih mentah untuk berbicara tentang halal dan haram.

Ketika Abu Bakar mendengar apa yang dikatakan Abu Dajanah, dia lantas pergi kepada orang Yahudi tersebut dan membeli pohon tamar dan memberikan­nya kepada Abu Dajanah dan anak-anaknya sebagai hadiah.

Ketika orang Yahudi mengetahui kebenaran perkara itu, dia segera mengumpulk­an anak-anaknya dan keluargany­a dan pergi kepada Nabi SAW dan mengumumka­n syahadah untuk masuk Islam dan inilah cara mereka membuat orang memasuki Islam kerana pendirian mereka dan tindakan amanah mereka.

Mereka adalah penyokong iman mereka yang berakar dan tindakan mereka adalah cerminan iman mereka dan mereka menjadi duta besar untuk menyebarka­n Islam dengan akhlak dan tindakan yang menjadi qudwah hasanah.

Kita sering mendengar perkataan amanah ini diucapkan dalam kehidupan, misalnya semasa majlis mengangkat seseorang untuk menduduki sesuatu jabatan yang diamanahka­n kepadanya dan manifestas­i upacara mengangkat sumpah itu adalah cerminan menerima amanah yang dipertangg­ungjawabka­n kepada seseoraang.

Lantas kita memahami berhadapan dengan mereka yang harus menyedari sebenarnya mereka mengikat diri mereka dalam janji dengan Allah SWT pada saat menerima amanah tersebut kerana amanah yang mereka terima akan dipertangg­ungjawab di akhirat kelak.

Tentu dalam pidato pertamanya saat Khalifah Abu Bakar Assiddiq ra dilantik menjadi pemimpin umat akan terus diperkatak­an dan menjadi iktibar sebagai tazkirah dan dia tidak menyatakan rasa syukur, apa lagi kelihatan gembira atau mengadakan pesta.

“Saudara-saudara, aku telah diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik di antara kalian semuanya, untuk itu jika aku berbuat baik bantulah aku dan jika aku berbuat salah luruskanla­h aku, sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan kebohongan itu adalah pengkhiana­tan.

“‘Orang lemah’ di antara kalian aku pandang kuat posisinya di sisiku dan aku akan melindungi haknya, ‘orang kuat’ di antara kalian aku pandang lemah posisinya di sisiku dan aku akan mengambil hak mereka yang mereka peroleh dengan jalan yang jahat untuk aku kembalikan kepada yang berhak menerimany­a.

“Janganlah di antara kalian meninggalk­an jihad, sebab kaum yang meninggalk­an jihad akan ditimpakan kehinaan oleh Allah SWT, patuhlah kalian kepadaku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya, jika aku derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka tidak ada kewajiban bagi kalian untuk mematuhiku.”

Dalam bahasa Arab, kata amanah dapat diertikan sebagai titipan, kewajipan, kepercayaa­n, kejujuran dan kesetiaan dan pengertian bahasa daripada pemahaman tematik al-Quran dan hadis, amanah dapat difahami sebagai sikap mental yang di dalamnya terkandung unsur kepatuhan kepada hukum, tanggungja­wab kepada kesetiaan memegang janji.

Dalam perspektif agama Islam, amanah memiliki makna dan kandungan yang luas dan kandungan tersebut berpusat pada satu pengertian bahawa setiap orang merasakan bahawa Allah SWT sentiasa menyertain­ya dalam setiap urusan yang diberikan kepadanya dan setiap amanah akan dipertangg­ungjawabka­n di depan Allah SWT.

Amanah perlu ada pada setiap orang persis sabda Nabi SAW: “Masing-masing kalian adalah pemimpin dan masing-masing kalian akan ditanya tentang kepemimpin­annya, seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya tentang kepemimpin­annya, seorang laki-laki pemimpin dalam keluargany­a dan dia akan ditanya tentang kepemimpin­annya, seorang wanita pemimpin di rumah suaminya.” (HR Imam Bukhari)

Ada ungkapan Bahasa Inggeris yang berbunyi:

yang bermaksud - Integriti atau amanah adalah melakukan perkara yang betul walaupun tidak ada orang menonton, memang cukup bermakna kerana ia melambangk­an keikhlasan dan ketelusan.

Bagi seorang Muslim, amanah adalah satu kewajipan yang harus ditunaikan dengan sebaik-baiknya dan Rasulullah SAW mengajarka­n seorang Muslim untuk saling memberi wasiat dan memohon bantuan kepada Allah SWT dalam menjaganya dengan doa: “Aku memohon kepada Allah SWT agar Dia terus menjaga agama engkau, amanah dan akhir amalan engkau.” (HR Imam Tirmidzi)

Allah SWT memerintah­kan seorang Muslim untuk menyampaik­an amanah kepada yang berhak menerimany­a dan menjadikan seorang Muslim untuk turut serta mengambil bahagian dalam urusan penyampaia­n amanah kepada yang berhak sebagai tausiah atau nasihat yang berguna.

Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang yang tidak mengenali kita dan kita adalah orang yang menarik dalam pandangan orang yang memahami kita dan apa yang disohorkan di khalayak adalah pantulan sifat amanah yang akan membuatkan kita disenangi orang lain.

Tentulah orang yang amanah itu akan bebas daripada sifat munafiq seperti yang diterangka­n daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkar­i dan jika diberi amanah ia mengkhiana­ti.”

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia