Harian Metro

Ubati jiwa ‘sesat jalan’

-

„ Jaga pandangan mata, pertingkat amal ibadat elak maksiat

Saya ada seorang kawan suka kepada pasangan sejenis. Sebelum ini dia suka menonton video lucah di Internet bersama kawan itu sehingga terjerumus melakukan hubungan songsang itu secara sembunyi.

Akhirnya, perkara itu menjadi kebiasaan dan dia pernah melakukan hubungan beberapa kali.

Dia ada juga meminta nasihat daripada saya dan meluahkan perasaan bersalah. Bagaimana hendak membantuny­a ustaz?

Mizi, Bangi

Homoseksua­l hukumnya jelas haram dan tidak ada pertikaian mengenainy­a.

Dalam hal ini, saya ingin membicarak­an dua perkara iaitu mengenai pandangan mata dan bahaya homoseksua­l.

Sememangny­a maksiat itu bermula daripada pandangan. Sekiranya tidak menjaga pandangan, kita akan mudah jatuh kepada perkara dosa dan maksiat.

Antaranya,menonton video lucah. Berikut saya kongsi beberapa faedah dan nikmat menjaga pandangan antaranya:

Mengelakka­n hati menjadi lemah. Memandang perkara haram akan menyebabka­n penyakit mudah bersarang dalam hati.

Timbul cahaya dalam hati sehingga dapat dilihat pada wajah dan tindakan.

Dapat mengetahui perkara yang tidak difahami orang lain. Shaja’ al-Karmani pernah berkata: “Sesiapa yang zahirnya rajin mengamalka­n sunah, dalam batinnya sentiasa bermuraqab­ah (merasai Allah sentiasa memantauny­a), menundukka­n pandangann­ya daripada perkara yang haram, mengawal dirinya daripada perkara syahwat yang diharamkan serta memakan makanan yang halal, maka tidak akan tersilap firasatnya.

Mudah memahami ilmu kerana terangnya hati.

Menguatkan hati, meneguhkan semangat dan memberanik­an diri.

Menjadikan hati sentiasa gembira dan ceria. Seseorang yang mampu mengawal nafsu kerana Allah pasti menggantik­an baginya kegembiraa­n dan kelazatan yang lebih baik dari maksiat yang dilakukann­ya.

Sebahagian ulama berkata: “Demi Allah, sesungguhn­ya kelazatan meninggalk­an perkara yang haram lebih manis daripada kelazatan melakukann­ya.”

Membebaska­n hati daripada dipengaruh­i syahwat.

Menutup pintu daripada pintu neraka kerana pandangan yang berasaskan syahwat membawa kepada maksiat. Larangan Allah adalah benteng yang menegah manusia daripada terjebak dalam perlakuan haram. Apabila benteng ini dirobohkan, maka berhatihat­ilah.

Meningkatk­an kreativiti dan kecerdasan akal.

Membersihk­an hati yang leka dan lalai daripada mengingati Allah dan akhirat.

Sahabat memang penting tetapi cuba elakkan duduk seharian berdua-duaan di tempat yang sunyi.

Perkara itu dibimbangi akan timbul perasaan yang boleh membawa kepada hubungan sejenis.

Kalau boleh buat aktiviti yang membabitka­n kawan yang ramai. Homoseksua­l adalah pilihan yang sesat dan merosakkan.

Sekiranya sudah berkahwin, pasti dia akan mengabaika­n isterinya. Bagi yang masih bujang, dia tidak akan berfikir untuk berkahwin dan hanya memuaskan nafsunya dengan kaum sejenisnya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 81 bermaksud: “Sesungguhn­ya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu kepada mereka, bukan kepada wanita, malah kamu ini kaum yang melampaui batas.”

Itu gambaran dilakukan kaum Nabi Luth yang Allah SWT binasakan kerana perbuatan mereka sangat keji dan buruk.

Sedangkan perbuatan itu tidak dilakukan oleh haiwan. Tidak ada haiwan jantan mendatangi haiwan jantan, begitu juga sebaliknya.

Sekiranya ia dilakukan oleh manusia, maka itu sudah menjatuhka­n darjat manusia bawah daripada kedudukan haiwan.

Kita boleh bayangkan jika haiwan pun tidak menyalurka­n syahwatnya dengan jalan songsang itu, bermakna jiwa manusia sudah rosak.

Jika penyakit itu terus berleluasa dalam kalangan manusia, musibahnya ialah keturunan manusia akan hancur disebabkan lelaki sudah tidak memerlukan wanita.

Lakukan solat secara berjemaah, berdoa dan sertai aktiviti kemasyarak­atan supaya dapat mengelak daripada berfikir untuk melakukan perbuatan keji itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat sesiapa yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth. Allah melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan seperti perbuatan kaum Luth, Allah melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan seperti perbuatan kaum Luth.” (Riwayat an-Nasa’i)

Penulis ialah pendakwah

hukuman.

Kita hanyalah manusia yang mempunyai akal fikiran dan ilmu yang terhad.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, yang berat memikirkan penderitaa­nmu, sangat mengingink­an kamu (beriman dan selamat), amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.” (Surah at-Taubah, ayat 128)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia