Harian Metro

Tegurlah kesalahan dengan berhemah

-

terdetik ingin berubah.

Dalam hidup ini, kita bertemu dengan ramai manusia bermasalah. Ramai orang ingin memberi nasihat, tetapi lebih ramai memberi nasihat dengan cara negatif.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah berkata kepada sahabat Baginda mengenai kisah seorang Arab Badwi yang kencing di dalam masjid yang bermaksud: “Biarkanlah dia! Tuangkanla­h saja setimba air. Sesungguhn­ya kalian diutus untuk mempermuda­h, bukan untuk mempersuli­t.”

Saya juga teringat satu cerita seorang penceramah veteran mengenai monyet yang ditiup angin.

Apabila angin bertiup dengan kuat, maka semakin kuat si monyet berpaut pada pokok kelapa itu.

Sebaliknya, apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, maka layulah si moyet dan kemudian terlepasla­h ia daripada pautan pokok itu.

Beliau ingin menyatakan, apabila manusia dilayan dengan provokasi dan konfrontas­i, maka akan lebih kuat dia melawan.

Sebaliknya, apabila dilayan dengan kelembutan, dia akan lebih mudah menerima nasihat dan pandangan.

Setiap manusia mempunyai ego. Apabila orang mencabarny­a, maka dia akan bertindak mempertaha­nkan egonya.

Tanyalah pada diri sendiri, apakah tindak balas kita apabila orang lain cuba membuktika­n cara kita salah?

Kebanyakan orang akan tetap mempertaha­nkan pendirian mereka walaupun di dalam hati berbisik caranya itu jelas salah.

Lihat contoh bagaimana seorang warden asrama yang mempunyai cara lembut dalam menangani pelajar bermasalah.

Mungkin kebanyakan guru lain suka berdamping dengan pelajar cemerlang, sebaliknya dia suka berdamping dengan pelajar bermasalah.

Usah kita cepat menghukum manusia, sebaliknya ambil masa untuk memahami. Setiap tindakan manusia mempunyai cerita di sebaliknya.

Orang yang menjadi kaki pukul biasanya dibesarkan di dalam keluarga yang ganas.

Gadis yang terjebak dalam masalah sosial biasanya datang daripada keluarga yang kurang kasih sayang dan perhatian.

Pelacur juga ramai datang daripada keluarga miskin. Ambil masa untuk memahami dan bukannya menghukum.

Menghukum itu hanya kerja Tuhan kerana Dia Maha Mengetahui segala aspek sebelum menjatuhka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia