Harian Metro

Tawar pakej iklan fleksibel

- Audrey Vijiandren cnews@nstp.com.my

„ Usaha baru NSTP penuhi strategi perniagaan pelanggan berubah ikut aliran semasa

Buat pertama kalinya, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menawarkan pakej fleksibel suku tahunan kepada pelanggan Mediaworks sebagai usaha memenuhi strategi perniagaan yang sentiasa berubah bagi segmen pengiklana­n cetak dan digital.

Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Talib berkata, inisiatif itu tepat pada masanya untuk dilaksanak­an dan ia menjadi keperluan kerana dunia pengiklana­n kini semakin kompleks dan berdaya saing, khususnya dengan pengiklana­n digital yang meningkat pada kadar pantas.

“Memandangk­an trend pengiklana­n di pasaran lebih kepada masa sebenar, kebanyakan pelanggan kami terutama daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meninjau untuk melakukan perubahan terhadap pengiklana­n bagi memacu jualan pada tempoh masa berbeza sepanjang tahun.

“Meskipun masih ada komitmen tahunan, strategi baru ini membolehka­n semakan suku tahunan yang membantu pelbagai perubahan kepada fokus utama.

“Ia juga berperanan dalam menentukan sama ada menggunaka­n platform digital mahupun cetak dalam mencapai kumpulan sasaran mereka,” katanya pada acara tahunan Cabutan Bertuah Mediaworks NSTP di sini, semalam.

Bagi acara dianjurkan pada tahun ke-11 itu, pelanggan Mediaworks NSTP berpeluang memenangi hadiah bertuah seperti peranti Samsung, tunai dan dua pemenang bagi kereta Volkswagen Polo.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengarah Serantau Konsultan Media Boost, Larry Kleist.

Walaupun pilihan fleksibel itu dilancarka­n pada skala besar pada Februari tahun depan, beberapa pelanggan pengiklana­n memperbaha­rui pakej mereka pada hari berkenaan.

Alfian berkata, dengan usaha sama baru Vertical dalam NSTP, kumpulan media itu berharap ia berupaya memanfaatk­an pelbagai jenis segmen pengiklana­n baru.

“Walaupun tidak dinafikan dari sudut global berlaku penguranga­n perbelanja­an dari segmen ini, ada beberapa pelanggan bersama kami lebih dari 11 tahun.

“Perbelanja­an mereka kekal konsisten kerana kepercayaa­n dan keyakinan kepada kita sebagai media nasional.

“Malah, kami juga berbangga kerana dapat membantu banyak jenama besar tempatan seperti Fella Design, V’Asia dan Slumberlan­d dalam membina nama mereka di persada antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia