Harian Metro

MCA hilang pendirian

-

Balakong: MCA disifatkan sebagai sebuah parti yang hilang pendirian, integriti dan ideologi politik demi meraih undi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berkata, ia susulan kerjasama parti Cina itu dengan PAS yang pernah ditentang sebelum ini.

Menurutnya, keadaan itu menunjukka­n MCA hilang prinsip dan terdesak walaupun sebelum ini menentang cita-cita PAS menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara teokratik (negara Islam).

“Mereka sudah lupa apa yang dikatakan sebelum ini, sekali gus menunjukka­n MCA bukan sebuah parti mewakili masyarakat Cina lagi.

“MCA perlu jelaskan adakah kerjasama dengan PAS bermakna mereka menyokong ideologi pas menubuh sebuah negara teokratik?

“Selain itu, adakah MCA hari ini masih berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana mereka menyokong rasuah dan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pakatan Harapan (PH) di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong di sini, semalam, bersama calon PH Wong Siew Ki.

Kelmarin, Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dipetik berkata, kerjasama yang terjalin antara MCA dan PAS sebagai blok ketiga pembangkan­g menjurus kepada usaha menguatkan fungsi semak dan imbang yang menjadi slogan PRK DUN Balakong.

Ia adalah susulan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan tampil berucap di pentas MCA sebagai menyokong calon MCA Balakong Tan Chee Teong pada malam Selasa lalu.

 ??  ?? EAN
EAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia