Harian Metro

Faham susah miskin bandar

- Nur Lela Zulkipli Nurlela@nstp.com.my

„ Calon PH tekad ubah nasib penduduk setinggan

Pengalaman membesar di kawasan setinggan di Seri Setia mengajar Halimey Abu Bakar erti kehidupan, sekali gus nekad mengubah nasib penduduk miskin bandar di kawasan berkenaan.

Halimey yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia tidak mudah melatah apabila parti pembangkan­g melabel hujahnya sebagai ketinggala­n zaman semasa gerak kerja kempen yang dijalankan.

“Biarlah apa yang dia (Dr Halimah Ali) nak cakap. Saya akui dibesarkan sebagai anak setinggan dan bapa saya bekerja sebagai peniaga pasal malam dengan pendapatan RM20 sehari.

“Saya tahu betapa peritnya hidup miskin di bandar dan saya mahu lakukan yang terbaik untuk penduduk di sini supaya mereka tidak perlu lalui apa yang saya lalui dulu,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di sini, semalam.

Sementara itu, Halimey meminta PAS menghentik­an isu debat kerana penduduk Seri Setia seolah-olah ditipu dengan penganjura­n program debat yang tanpa pengetahua­nnya.

“Saya tidak pernah menerima sebarang jemputan rasmi bagi program debat di mana-mana stesen televisyen atau di kawasan DUN Seri Setia.

“Adakah dengan program debat ini akan meningkatk­an peratusan mengundi Dr Halimah? Penduduk Seri Setia perlu sedar bahawa Dr Halimah bukan pengundi DUN Seri Setia dan beliau tidak pernah menabur bakti di sini,” katanya.

Menurutnya, ketika beliau menjadi Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), banyak penambahba­ikan yang dijalankan bagi membantu penduduk Seri Setia.

“Sekarang macam-macam pula tohmahan yang ditujukan kepada saya. Saya hanya mahu jumpa seramai mungkin penduduk Seri Setia pada saat-saat akhir kempen sebelum tiba hari pengundian, Sabtu ini (esok).

“Malah, saya dimaklumka­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjur program debat malam semalam (kelmarin) tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Persatuan (ROS) serta dianggotai oleh ahli PAS.

“Permit daripada polis juga tidak diperoleh untuk mengadakan program debat itu.

“Jadi, saya tiada masa untuk menghadiri­nya kerana banyak lagi program untuk berjumpa penduduk Seri Setia yang perlu saya penuhi,” katanya.

PRK Dun Seri Setia esok menyaksika­n pertembung­an antara Halimey dan calon PAS Dr Halimah.

 ??  ?? HALIMEY tidak dapat menahan perasaan sedih ketika menceritak­an pengalaman­nya tinggal di kawasan setinggan semasa kecil.
HALIMEY tidak dapat menahan perasaan sedih ketika menceritak­an pengalaman­nya tinggal di kawasan setinggan semasa kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia