Harian Metro

Gesa isytihar harta sebelum hari mengundi

-

Shah Alam: PAS Selangor mahu kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia membuat pengisytih­aran harta sebelum hari mengundi esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, ia perlu dilakukan agar rakyat berpeluang memilih calon yang paling layak serta bersih sebagai wakil mereka.

“Kami sudah membincang­kan perkara ini dalam mesyuarat jawatankua­sa bersama UMNO dan PAS sebentar tadi (semalam) dan kami bersetuju kedua-dua calon termasuk calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar perlu mengisytih­arkan harta mereka.

“Saya berasa proses berkenaan tidak mengambil masa yang lama terutama sebagai bekas ahli majlis, saya fikir tidak banyak yang perlu dikira,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama PAS dan UMNO di Pejabat PAS Selangor di Presint Alami di sini, semalam.

Hadir sama Pesuruhjay­a PAS Selangor Sallehin Mukhyi dan Pengerusi Perhubunga­n UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri.

Sementara itu, bagi calon PAS, Dr Halimah Ali, beliau tidak mempunyai sebarang isu jika ada yang mahukannya mengisytih­arkan harta sebelum hari mengundi.

“Sebagai bekas EXCO, saya pernah melakukan pengisytih­aran aset dan ia boleh dilihat di laman sesawang kerajaan negeri.

“Saya tiada masalah jika ada yang mahukan saya melakukann­ya sekali lagi kerana tidak banyak pertambaha­n daripada apa yang sudah saya isytiharka­n sebelum ini,” katanya.

Pada mesyuarat berkenaan, kedua-dua parti yang kini di blok pembangkan­g bekerjasam­a menyokong calon PAS Dr Halimah yang akan menghadapi Halimey.

Ismail pula berkata, pihaknya menyeru pengundi di Seri Setia keluar mengundi esok dan memberikan kemenangan kepada calon PAS.

 ?? Roslan Shahir Mohd Shahir ?? Kami sudah membincang­kan perkara ini dalam mesyuarat jawatankua­sa bersama UMNO dan PAS sebentar tadi (semalam) dan kami bersetuju kedua-dua calon termasuk calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar perlu mengisytih­arkan harta mereka”
Roslan Shahir Mohd Shahir Kami sudah membincang­kan perkara ini dalam mesyuarat jawatankua­sa bersama UMNO dan PAS sebentar tadi (semalam) dan kami bersetuju kedua-dua calon termasuk calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar perlu mengisytih­arkan harta mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia