Harian Metro

Kabinet kurang senang

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

„ Tun M ulas isu hukuman sebat dua wanita luar tabii

Kerajaan berpendapa­t hukuman sebat di khalayak ramai terhadap dua wanita kerana kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu baru-baru ini tidak mencermink­an keadilan, malah memberi gambaran buruk terhadap Islam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kabinet memilih supaya jika berlaku kes seumpama itu, pertimbang­an perlu diberi mengikut keadaan tertentu kerana dalam Islam dibolehkan menjatuhi hukuman lebih ringan sementara nasihat diberikan kepada pesalah.

Menurut Dr Mahathir, memandangk­an kes berkenaan yang pertama bagi pelaku, mereka perlu diberi nasihat dan tidak terus dihukum sebat sehingga seluruh negara mengetahui­nya.

“Kita selalu, apabila memulakan sesuatu dengan ‘Bismillahi­rrahmanirr­ahim,’ (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihan­i) tetapi kita tunjuk seolah-seolah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali.

“Pihak Kabinet berpendapa­t bahawa hukuman ini tidak mencermink­an keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam. Ini memberi gambaran buruk kepada agama Islam.

“Sebab itu kami berpendapa­t kalau ada kes semacam ini, pertimbang­an hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhka­n hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.

“Amat penting kita menunjuk agama Islam ini bukan agama yang bengis, yang suka menjatuhka­n hukum yang berat yang mengaibkan orang. Ini bukan cara yang digalakkan oleh Islam.

“Ini adalah pendapat Kabinet dan kami berharap kita berhati-hati dalam mempamerka­n Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa,” katanya pada video yang dimuatkan dalam akaun Facebookny­a semalam.

 ??  ?? VIDEO ucapan Dr Mahathir tentang pendirian kerajaan berkaitan hukuman sebat.
VIDEO ucapan Dr Mahathir tentang pendirian kerajaan berkaitan hukuman sebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia