Harian Metro

Hukuman sebat proses sosiologik­al positif

-

Kuala Lumpur: Hukuman rotan atau sebat satu proses sosiologik­al positif untuk membolehka­n seseorang itu kembali kepada masyarakat dalam keadaan lebih baik dan bermanfaat.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, hukuman seperti merotan adalah proses psikologik­al dan terapi sihat.

“Hukuman ini memberi ruang kepada individu berkaitan kembali kepada fungsi perkembang­an diri yang lebih konstrukti­f selepas melalui proses hidup yang destruktif atau tingkah laku negatif.

“Semua bentuk hukuman seperti dipenjara, dirotan, didenda dan sebagainya adalah satu proses psikososia­l yang positif untuk membantu individu terbabit mencapai semula kefungsian diri sama ada kepada diri sendiri, keluarga dan komuniti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas pelaksanaa­n hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kepada pasangan lesbian berusia 22 dan 32 tahun, Isnin lalu.

Mereka masing-masing disebat enam kali selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta pada 8 April lalu.

“Sesungguhn­ya hukuman rotan kepada seseorang pesalah itu pasti melegakan diri pesalah atau seseorang yang terbabit dalam aspek psikologik­al.

“Sudah pasti pesalah akan rasa lega selepas menerima hukuman Allah dan bersedia kembali kepada fitrah,” katanya.

 ??  ?? DR Mohamed Fadzil
DR Mohamed Fadzil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia