Harian Metro

Bukan jatuhkan maruah, mesej timbul kegerunan

-

Kuala Lumpur: Kehadiran orang awam semasa pelaksanaa­n hukuman syariah tidak bermaksud untuk menjatuhka­n maruah atau memalukan pesalah, sebaliknya ia memberikan mesej bagi menimbulka­n kegerunan sekali gus mencegah kepada kesalahan itu berlaku lagi.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata, ia adalah mesej jelas supaya kesalahan itu dapat dicegah pada masa depan dan menimbulka­n keinsafan kepada orang ramai yang melihat atau pesalah terbabit.

“Jika hendak dibandingk­an antara kesalahan sivil dan syariah, ia jauh berbeza kerana menerusi kesalahan syariah, pesalah menjalani hukuman dalam keadaan berpakaian menutup aurat serta pemeriksaa­n pasukan perubatan turut dijalankan.

“Berbeza dengan sebatan sivil dan barat, pesalah akan ditelanjan­g dan hanya bahagian kemaluan saja ditutup dengan kain manakala bahagian punggung pesalah akan diikat pada abah-abah dengan tali pinggang.

“Ia membuktika­n bahawa sebatan syariah tidak kejam dan zalim sebagaiman­a didakwa sesetengah pihak. Ia juga membuktika­n bahawa sebatan syariah ternyata sama sekali berbeza dengan hukuman sebat di mahkamah sivil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 18 Ogos lalu, pasangan lesbian berusia 22 dan 32 tahun didenda RM3,300 setiap seorang dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu selepas mengaku salah kerana melakukan seks sejenis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia