Harian Metro

Lihat hikmah undang-undang bukan sudut hikmah politik

-

Ipoh: Semua pihak diminta supaya melihat hukuman sebat yang dijalankan ke atas dua pesalah wanita di Terengganu, baru-baru ini, menerusi hikmah undang-undang dan bukannya dari segi hikmah politik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebat dijalankan itu jelas hanya sekadar untuk pengajaran kepada pesalah dan langsung tidak bersifat bengis serta menyakiti pesalah kerana mempunyai cara tertentu untuk melakukan sebatan.

“Kalau bengis, dicakar dengan pencakar atau dibunuh, ini pengajaran jadi kita kena faham dari segi hikmah undang-undang... jangan kita tengok dari segi hikmah politik, politik ini memang menyokong macam-macam.

“Tetapi undang-undang lain, undang-undang dalam Islam adalah pengajaran, jadi kalau kita lihat, (hukuman) sebat itu pun tidak boleh angkat tangan terlampau tinggi, rendah sahaja.

“Sebab itu kita lihat hukuman itu bagi orang lain tengok dan orang lain tidak berani nak buat sebab esok dia kena macam itu, dia (pesalah) ini pun tidak berani hendak ulang sebab kalau dia ulang dia akan kena sebat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaik­an ucapan penutup pada Wacana Kesejagata­n Ummah 2018 di Dewan Bandaran Ipoh, di sini, semalam.

Harussani mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Kabinet memutuskan hukuman sebat terhadap dua pesalah wanita itu tidak mencermink­an keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.

Isnin lalu, dua wanita menjalani hukuman enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis di dalam sebuah kereta pada April lalu.

Menurutnya,

hukuman sebatan sememangny­a perlu dijalankan di khalayak ramai kerana ia dijalankan dalam Islam untuk pengajaran dan pendidikan kepada orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Sementara itu, mengulas mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) yang kini layak menerima zakat di Selangor, Harussani berkata, golongan itu diletakkan dalam asnaf fisabilill­ah.

Katanya, pemberian zakat itu bukanlah secara terus kepada golongan itu, sebaliknya ia diberikan untuk pemulihan mereka dan akan menjadikan kumpulan itu lebih mendekati Islam.

“Ia Supaya dia (golongan LGBT) terasa Islam ni cukup baik walaupun dia ini (LGBT) golongan macam ini pun diberi, dengan itu dia mendekati Islam sekali gus menarik hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia