Harian Metro

Harga kereta lebih rendah

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

„ Kesan ketara SST berbanding GST

Secara rasminya Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an bermula 1 September lalu menggantik­an Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) memberi kesan kepada harga kenderaan dalam pasaran automotif negara.

SST pada perkiraan awal meningkatk­an semua harga namun sebaik ia bermula, pengeluar dan pengedar kenderaan di negara ini sudah menyediaka­n harga baru yang kebanyakan­nya lebih rendah berbanding GST terutama untuk kereta pemasangan tempatan (CKD).

Ini kerana komponen terurai bagi pemasangan tempatan dikecualik­an daripada cukai jualan tetapi apabila siap dipasang sepenuhnya ia tertakluk kepada cukai jualan seperti yang ditetapkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pengarah Urusan Perodua Sales, Datuk Dr Zahari Husin berkata, berdasarka­n struktur cukai baru, hampir semua modelnya berharga lebih rendah berbanding sebelum 1 Jun 2018.

“Harga kereta Perodua dikurangka­n antara 1.0 dan 3.0 peratus untuk kebanyakan model berbanding senarai harga di bawah era cukai GST.

“Model Perodua Myvi kini dijual pada harga di antara RM42,790 hingga RM54,090 berbanding RM44,300 hingga RM55,300 ketika GST,” katanya.

Untuk model import sepenuhnya seperti Odyssey dan Civic Type R masing-masing pada harga RM258,896 dan RM330,002 dengan peningkata­n harga RM4,096 dan RM10,002.

UMW Toyota Motor sebagai pengedar utama kenderaan Toyota pula menawarkan penguranga­n harga daripada RM200 hingga RM800 untuk Toyota Vios, Fortuner dan Innova.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut menawarkan harga lebih rendah untuk semua kenderaan pemasangan tempatan daripada Polo, Vento, Tiguan dan Passat.

Pengarah Urusannya Erik Winter berkata, harga baru ini dilihat lebih kompetetif dengan penguranga­n harga 1.5 peratus (Tiguan Comfortlin­e) sehingga 2.6 peratus (Vento Highline).

“Melalui Skim Perlindung­an Harga (PPS) oleh VPCM semua pembeli kenderaan Volkswagen dijamin harganya kekal sama sehingga 15 November ini bergantung kepada stok kenderaan yang masih ada,” katanya.

Tiguan Comfortlin­e kini dijual pada harga RM146,690 daripada RM148,888 (GST) dan Vento pada harga bermula daripada RM84,690 hingga RM91,490 (RM86,888 dan RM93,888 ketika GST).

BMW Malaysia melalui model CKD juga pada kadar harga yang lebih rendah berbanding GST dengan penguranga­n sekitar RM3,000 hingga RM15,000 mengikut model.

Sementara itu, PROTON menyerap kos SST untuk semua model dalam memberi peluang kepada pembeli memanfaatk­an tempoh transaksi ini serta membantu PROTON mengekalka­n momentum jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Abdul Rashid Musa berkata, pemberian diskaun di antara RM500 sehingga RM1,000 juga ditawarkan bagi Saga, Iriz dan Persona serta Proton Ertiga Xtra terbaru.

 ?? Zahari Husin ?? Harga kereta Perodua dikurangka­n antara
1.0 dan 3.0 peratus untuk kebanyakan model berbanding senarai harga di bawah era cukai GST”
Zahari Husin Harga kereta Perodua dikurangka­n antara 1.0 dan 3.0 peratus untuk kebanyakan model berbanding senarai harga di bawah era cukai GST”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia