Harian Metro

Tak terfikir tinggal dunia seni

- DARI MUKA R29

“Duduk di rumah pun, saya tetap ada tugas harian yang perlu dilakukan. Apatah lagi, dua anak saya iaitu Adriana, 17, dan Adalia, 14, masih bersekolah.

“Jadi, keutamaan kepada keluarga adalah tanggungja­wab saya. Pada masa sama juga, karier seni tetap diteruskan bergantung kepada tawaran,” katanya.

Pelakon filem Puteri Impian ini berkata, dia juga tidak pernah bersikap terlalu ‘demand’ dalam meneruskan kelangsung­an perjalanan karier seninya.

“Sama ada berlakon atau menyanyi, saya tidak begitu cerewet dan memilih. Bagi saya, masih mendapat tawaran itu yang lebih penting. Maknanya, tetap ada permintaan.

“Apatah lagi, industri hiburan tempatan tidak besar mana pun. Jadi, tidak perlu bersikap sombong atau iri hati dengan orang lain. Kita semua ada rezeki masing-masing,” katanya.

Lebih dua dekad menelusuri perjalanan seni dan banyak pencapaian sudah dimiliki, Amy berkata, dia juga lali dengan sepak terajang yang berlaku. Jadi, dia hanya ikut saja rentak yang muncul.

Mendapat sokongan penuh keluarga, wanita berusia 47 tahun ini berkata, suaminya

Alvin Tham Suffian sentiasa mengizinka­n pembabitan­nya.

“Sejak mula berumah tangga sampai sekarang, suami tidak pernah menghalang atau minta saya bersara. Saya diberi kebebasan dan kepercayaa­n membuat keputusan.

“Saya pun tidak pernah terfikir untuk meninggalk­an bidang ini. Selagi ada peluang dan mendapat tawaran, saya akan terus aktif,” katanya.

Figura yang mudah mesra dan tidak lekang senyum ini berkata, apa yang diharapkan kini semoga semua peminatnya terus terhibur dengan lakonan dan nyanyian dipersemba­hkan.

Amy yang sejak dulu ‘bersih’ daripada sebarang gosip dan cerita sensasi berkata, dia yang memilih corak perjalanan kehidupan diinginkan.

“Memang saya lagi selesa mendapat perhatian media dan penyokong menerusi bakat. Ada produk, saya akan tampil untuk melakukan promosi dan publisiti.

“Jika tidak ada, saya jalani saja kehidupan seperti biasa. Sama ada selebriti atau orang biasa, tidak ada beza pun kerana saya adalah manusia yang boleh buat pilihan,” katanya.

Bakat Amy dalam seni

 ??  ?? Sama ada berlakon atau menyanyi, saya tidak begitu cerewet dan memilih. Bagi saya, masih mendapat tawaran itu yang lebih penting. Maknanya, tetap ada permintaan
Sama ada berlakon atau menyanyi, saya tidak begitu cerewet dan memilih. Bagi saya, masih mendapat tawaran itu yang lebih penting. Maknanya, tetap ada permintaan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia