Harian Metro

Anggota bomba berbudi pada tanah

-

Hasil jualan tanaman dijadikan sumber pendapatan untuk

keperluan balai

“Sementara BBP Guar Chempedak (orkid, pisang, cempedak, durian, rambutan, mata kucing, kubis, kangkung, ternakan ayam katik dan burung baji), BBP Yan pula menjalanka­n pertanian nipah dan padi. Begitu juga dengan BBP Serdang (cili, tongkat ali, kacip fatimah, nanas batu, ternakan ular dan ikan).

“BBP Langkawi (cili, mempelam, kelapa, ternakan ikan air tawar dan burung), BBP Persiaran Putra (tanaman hidroponik sawi dan kangkung) serta beberapa balai lain lagi yang turut melakukan aktiviti sama.

“Bagaimanap­un, anggota bomba hanya menjalanka­n aktiviti pertanian dan penternaka­n ini pada waktu lapang iaitu selepas atau tiada sebarang operasi.

“Ia adalah salah satu daripada empat elemen yang perlu diberi penekanan termasuk kecergasan, pengetahua­n dan kemahiran, keceriaan dan disiplin yang perlu diterapkan dalam kalangan anggota bomba,” katanya.

Menurutnya, setakat ini hasil jualan itu hanya dipasarkan untuk anggota dalaman dan belum dipromosik­an kepada orang ramai kerana hasil yang diperoleh masih tidak mencukupi untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Ketua

BBP Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Muhamad Nurul Iman Mohamad

Rawi berkata, anggotanya turut mempunyai 16 sarang kelulut yang diternak di kawasan balai bomba.

Sarang kelulut itu diperoleh daripada bongkah kayu yang dipotong ketika menjalanka­n operasi pokok tumbang di daerah ini.

Katanya, dalam bongkah kayu memang ada lebah kelulut yang membuat sarang dan ia dibawa pulang ke balai untuk diternak.

“Biasanya lebah ini akan terbang mendapatka­n madu bunga pada sebelah siang dan kembali ke sarang untuk memproses madu pada waktu malam,” katanya.

 ??  ?? PELBAGAI jenis tanaman diusahakan.
PELBAGAI jenis tanaman diusahakan.
 ??  ?? ANGGOTA BBP Alor Setar memeriksa susunan kayu untuk projek kulat sisir.
ANGGOTA BBP Alor Setar memeriksa susunan kayu untuk projek kulat sisir.
 ??  ?? Anggota bomba hanya menjalanka­n
aktiviti pertanian dan penternaka­n pada waktu lapang iaitu selepas atau tiada sebarang
operasi
Anggota bomba hanya menjalanka­n aktiviti pertanian dan penternaka­n pada waktu lapang iaitu selepas atau tiada sebarang operasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia