Harian Metro

Bantu kesan kecacingan

-

lembu dan kerbau yang disampelka­n di Terengganu dijangkiti cacing hati. Kira-kira 267 kambing dan biri-biri yang disampelka­n, 91 peratus daripadany­a dijangkiti cacing penghisap darah.

“Selain itu, kami mendapati 4,800 cacing penghisap darah ditemui pada perut seekor ternakan yang mati akibat masalah kecacingan.

“Lebih merugikan apabila tiga hingga enam peratus hati ternakan yang disembelih terpaksa dibuang kerana strukturny­a rosak dan tidak elok,” katanya ketika ditemui di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, barubaru ini.

Khadijah yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan UMT berkata, seekor cacing penghisap darah boleh menghisap 0.05ml darah sehari. Sekiranya jangkitan merebak ia boleh mengakibat­kan kematian dan kerugian yang besar kepada penternak.

“Kebanyakan penternak mengalami kerugian ribuan ringgit kerana kurang pengetahua­n dan kesedaran berkenaan bahayanya masalah kecacingan yang dihadapi haiwan ternakan.

“Malah, mereka juga kurang arif berkenaan tanda haiwan yang mengalami masalah kecacingan ini,” katanya.

Beliau berkata, setiap kali ternakan mengalami masalah kesihatan, penternak perlu membuat laporan kepada pakar termasuk Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV).

“Selepas membuat laporan, pakar akan ke ladang ternakan untuk mengambil sampel dan membuat ujian makmal bagi mengetahui punca sebenar masalah itu. Kemudian barulah penternak boleh memberi rawatan seperti yang disarankan pakar.

“Ini kerana kebanyakan penternak bertindak mengubati ternakan mereka sendiri,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menawarkan penyelidik­an kepada penternak melalui aktiviti lawatan di sekitar kandang atau ladang ternakan.

“Melalui lawatan ke kawasan lapangan, pihak kami boleh membantu penternak mengesan masalah kecacingan pada ternakan dengan harapan mereka dapat mengatasi perkara itu dengan cara sesuai sekali gus mengelakka­n risiko kerugian.

“Selain mengambil sampel di kawasan ternakan melalui najis haiwan berkenaan, pihak kami juga memberi khidmat nasihat kepada penternak dan mengadakan seminar.

“Pendekatan ini penting kerana kami mahu penyelidik lebih dekat dengan penternak. Apabila berlaku sebarang kes, penternak boleh memaklumka­n kepada kami. Kami akan ke ladang untuk mengambil sampel dan membuktika­n jangkitan itu melalui ujian makmal,” katanya.

Selain itu, katanya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana cacing yang terdapat pada hati dan perut ternakan ini tidak memberi kesan kepada manusia. Ia hanya menjangkit­i ternakan.

“Malah, kesedaran di pusat penyembeli­han juga bertambah baik kerana hati atau perut yang mempunyai cacing tidak dijual kerana bentuknya tidak elok dan rosak,” katanya.

 ??  ?? PEMERIKSAA­N di ladang ternakan.
DR Khadijah memeriksa rumput dimakan kambing.
PEMERIKSAA­N di ladang ternakan. DR Khadijah memeriksa rumput dimakan kambing.
 ??  ?? CONTOH cacing terdapat dalam badan haiwan ternakan yang diawet.
CONTOH cacing terdapat dalam badan haiwan ternakan yang diawet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia