Harian Metro

Tabiat makan, pemakanan faktor lazim

-

Katanya, faktor penyumbang termasuk sering sakit dalam tahuntahun pertama kehidupan, menghidap penyakit kronik, pendedahan yang berpanjang­an terhadap sesetengah ubat-ubatan atau dilahirkan pramatang.

“Namun, faktor yang lebih lazim biasanya berkaitan dengan tabiat makan dan pemakanan. Cerewet makan, masalah makan yang lebih serius dan kualiti diet yang tidak baik boleh menjejaska­n pertumbuha­n.

“Kesannya amat membimbang­kan kerana seorang daripada lima kanak-kanak di Malaysia di bawah usia lima tahun terbantut (rendah untuk umurnya) dan seorang daripada 10 kanak-kanak kurang berat badan, seperti yang dilaporkan oleh Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan

2016: Kesihatan Ibu dan Anak. Kanak-kanak ini berisiko mengalami masalah kesihatan, kognitif dan psikososia­l yang berkaitan,” katanya.

Menurut Dr Yong, pakar penjagaan kesihatan semakin bimbang terhadap betapa besarnya masalah pertumbuha­n di negara ini.

Ini mendorong Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), yang disokong oleh

Abbott Malaysia untuk melancarka­n ‘IMFeD Get Growth On Track’, kempen saringan dan kaunseling mengenai pertumbuha­n kanak-kanak di seluruh negara yang pertama oleh MPA.

Dr Yong menjelaska­n melalui program IMFeD, MPA melatih kira-kira

150 pakar pediatrik dalam saringan dan pengurusan masalah pertumbuha­n.

Kini, MPA menjemput ibu bapa membawa anak berjumpa pakar pediatrik untuk diukur berat badan dan ketinggian, kemudian menandakan bacaan berkenaan pada carta pertumbuha­n.

Bacaan yang berada di bawah julat normal dan corak pertumbuha­n yang tidak teratur mungkin menandakan kanak-kanak itu tidak membesar dengan baik.

“Kita tidak boleh sekadar melihat pada fizikal seseorang kanak-kanak untuk membuat kesimpulan yang tepat. Malah, kami juga perlu mengedarka­n satu soal jawab ringkas mengenai tabiat makan dan tabiat harian, dan mungkin juga

Ibu bapa perlu bekerjasam­a dengan pakar pediatrik bantu anak membesar dengan

lebih baik Berbincang dengan pakar dan membaca bahan berunsur pendidikan akan membekalka­n maklumat dan panduan untuk membantu anak anda mencapai potensi pertumbuha­n mereka

 ?? FOTO: ?? PEMAKANAN sihat dan berkhasiat membantu pertumbuha­n kanak-kanak.
FOTO: PEMAKANAN sihat dan berkhasiat membantu pertumbuha­n kanak-kanak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia