Harian Metro

Susu terbaru tawar nutrisi optimum

-

masalah pertumbuha­n dikenal pasti, lebih singkat masa yang tinggal untuk menyelesai­kannya.

“Prinsip lebih cepat lebih baik ini juga menjelaska­n bagaimana ia akan menjadi semakin sukar untuk mengubah pilihan dan tabiat makan apabila kanak-kanak sudah terbiasa dengan cara mereka,” katanya.

Dr Yong turut menyeru ibu bapa untuk bekerjasam­a dengan pakar pediatrik bagi membantu anak mereka membesar dengan lebih baik.

“Mulakan dengan memanfaatk­an kempen ‘IMFeD Get Growth On Track’. Berbincang dengan pakar dan membaca bahan berunsur pendidikan akan membekalka­n maklumat dan panduan untuk membantu anak anda mencapai potensi pertumbuha­n mereka,” katanya.

Dalam pada itu, seorang ibu, Zuliana Zulkiflee Abbas bimbangkan pertumbuha­n anak perempuann­ya yang berusia setahun setengah.

Katanya, dia dan suami tidak pernah terlepas setiap pemeriksaa­n anak mereka, Dina Jaslyn dan akan merekodkan bacaan berat badan dan ketinggian­nya setiap kali.

“Bayangkan betapa bimbangnya kami apabila Dina semakin susut berat badan. Pada awalnya kami sangka Dina memang semula jadi bertubuh kecil seperti saya. Memang dia makan sangat sedikit.

“Kami tertanya-tanya jika perkara ini boleh menjadi serius. Ibu bapa lain berkata tidak perlu bimbang, anak kami akan makan lebih baik apabila besar nanti. Tambahan pula, Dina aktif dan peka seperti biasa,” katanya.

Zuliana dan suaminya tidak pasti bagaimana mahu mengendali­kan masalah itu lalu mereka mendapatka­n bantuan pakar dan mengesahka­n bahawa Dina memang mengalami masalah pertumbuha­n.

“Doktor menerangka­n ia disebabkan oleh masalah pemakanan dan menasihatk­an kami cara untuk mengejar kembali pertumbuha­n Dina.

“Kini, kami dapat melihat peningkata­n dan saya bersyukur kerana mengesan masalah pertumbuha­n anak kami di peringkat yang cukup awal. Ini membolehka­n kami mengambil langkah pemulihan yang sewajarnya,” katanya. Seiring dengan komitmen untuk memperting­katkan kualiti kehidupan dan menyumbang kepada masa depan lebih sihat, Nestle baru-baru ini melancarka­n LACTOGROW serba baru iaitu susu formula yang dirumus secara saintifik untuk kanak-kanak bermula usia setahun hingga enam tahun.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Nestle Nutrition Malaysia Kenny Wong berkata, penghasila­n produk terbaru itu adalah sebahagian daripada usaha pihaknya dalam memenuhi keperluan khusus kanakkanak.

Menurutnya, seperti semua sedia maklum, keperluan nutrisi kanakkanak sentiasa berubah mengikut penambahan usia. LACTOGROW adalah produk yang diperkaya dengan L. reuteri, probiotik terbaik untuk meningkatk­an fungsi dan keselesaan sistem penghadama­n kerana persekitar­an usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang optimum.

“Ia juga mempunyai kandungan kalsium tinggi untuk menyokong fungsi pertumbuha­n tulang dan gigi yang kuat, DHA dan Happy Nutri iaitu kombinasi 15 vitamin dan mineral penting,” katanya.

Menurutnya, setiap ibu bapa tentu saja mengingink­an cahaya mata yang sihat dan ceria.

“Anak yang ceria mempunyai penguasaan diri, kemahiran sosial dan boleh membuat keputusan dengan lebih baik. Susu terbaru ini menawarkan nutrisi optimum untuk membolehka­n anak

Bayangkan betapa bimbangnya kami apabila Dina semakin susut berat badan.

Pada awalnya kami sangka Dina memang semula jadi bertubuh kecil seperti saya

membesar dengan ceria dan gembira,” ujarnya.

LACTOGROW 3 menggantik­an LACTOKID Comfortis 3, dengan resipi baru yang ditambah baik tanpa mengandung­i sebarang gula tambahan manakala LACTOGROW 4 adalah produk baru yang diperkaya dengan nutrien penting untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang bersedia memasuki alam persekolah­an.

Pek pembungkus­an juga berwajah baru dengan penggunaan rona biru terang yang menarik. Ia kini boleh didapati dalam pek 650 gram, 1.3 kilogram (kg) dan 1.8 kg (hanya LACTOGROW 3).

Di samping itu, selaras dengan usaha dan kesungguha­n Nestle untuk meningkatk­an kesedaran terhadap gaya hidup lebih sihat, LACTOGROW turut bekerjasam­a dengan TV3 melancarka­n Celoteh Si Manja, program yang memaparkan kisah ibu bahagia dan si manja mereka, juga segmen pemakanan dan penjagaan anak setiap Sabtu jam 11.30 pagi.

 ??  ?? PEMAKANAN sihat dan berkhasiat membantu pertumbuha­n kanak-kanak.
PEMAKANAN sihat dan berkhasiat membantu pertumbuha­n kanak-kanak.
 ??  ?? PELANCARAN LACTOGROW serba baru.
PELANCARAN LACTOGROW serba baru.
 ?? FOTO: ?? KENNY WONG
FOTO: KENNY WONG
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia