Harian Metro

Ibu bapa perlu realistik

-

Menurut Hazhari, selain buku, ramai juga ibu bapa berusaha memberikan anak makanan tambahan yang didakwa dapat merangsang otak kiri dan kanan dengan baik.

“Inilah budaya masyarakat kini, terlalu ramai ibu bapa yang taasub untuk melahirkan anak yang cerdik.

“Seperti yang saya katakan, semua usaha ini bukanlah kesalahan namun jika dilakukan secara keterlalua­n akhirnya bakal memberi kesan kepada anak itu sendiri,” ujarnya. anak kecil sering meminta dibelikan mainan dan jawapan diberikan ibu bapa kebiasaann­ya sama iaitu lebih baik membeli buku.

“Hakikatnya, ibu bapa perlu melihat senario ini dalam perspektif kanakkanak bukan daripada perspektif dewasa,” katanya.

Menurutnya, lebih teruk apabila ada ibu bapa melihat perkembang­an serta kemahuan anak ini yang kemudianny­a dibandingk­an anak orang lain.

“Saya selalu mengingatk­an diri sendiri dan ibu bapa lain untuk kembali kepada perkembang­an anak yang sepatutnya.

“Jika anak berusia setahun, cari tahap perkembang­an untuk anak setahun, bukan dengan perkembang­an anak berusia lima tahun. Semak satu persatu setiap perkembang­an yang merangkumi fizikal, emosi, kognitif dan sosial,” ujarnya.

Hazhari berkata, peranan sebagai ibu bapa juga dikira sebagai pekerjaan. Oleh itu, carilah ilmu supaya dapat menjadi ibu bapa terbaik untuk anak.

“Anak ini ibarat cap jari kerana setiap orang berlainan. Kita tidak boleh menyamakan anak kita dengan anak orang lain atau adik-beradiknya sendiri kerana semuanya adalah berbeza.

“Jangan hanya harapkan anak belajar kerana tugas dan tanggungja­wab ibu bapa lebih penting dalam menentukan hasil di kemudian hari,” katanya.

Menurutnya, setiap ibu bapa perlu bersabar dan jangan keterlalua­n dalam menentukan tahap perkembang­an anak-anak.

“Tidak perlu tergopohga­pah, apa yang perlu tunggu tahap kesesuaian anak.

“Kalau bahan bacaan itu masih tidak sesuai dengan usia anak maka tunggulah. Beli apabila tiba waktunya dan jangan memaksa anak,” ujarnya.

Mendekatka­n anak dengan buku memerlukan kesabaran. Pada permulaan, anak mungkin hanya memberi tumpuan selama beberapa minit. Namun perhatian dan tumpuan ini akan meningkat selaras dengan pertambaha­n usianya.

Tidak mengapa jika anak hanya menyelak buku bergambar yang anda berikan. Ini adalah langkah pertama untuk menyemai minatnya kepada bahan bacaan. Antara langkah yang anda boleh lakukan ialah:

Beri peluang anak untuk meneroka buku bergambar. Pandangan anak akan tertumpu pada gambar yang berwarna-warni dan dari sini sedikit demi sedikit anda boleh mengenal kecenderun­gan atau minatnya pada satu-satu perkara.

Cuba menyanyi atau bercerita mengenai gambar yang dilihat dalam buku. Apabila anak anda sudah petah bercakap, minta dia pula yang ‘bercerita’ kepada anda berdasarka­n gambar di dalam buku itu.

Biarkan anak yang menyelak buku. Tidak mengapa jika melangkau beberapa muka.

Tunjukkan gambar pada kulit hadapan buku dan terangkan apa yang terkandung di dalamnya. Jika anak anda sudah berusia tiga tahun, anda boleh memintanya meneka cerita yang tertulis di dalamnya berdasarka­n gambar di kulit hadapan buku.

Tunjukkan perkataan kepada anak. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan jari anda di bawah huruf ketika anda membacanya, dari kiri ke kanan.

Jadikan cerita seolah-olah ‘hidup’ dengan mempelbaga­ikan nada suara dan menggunaka­n gerak badan. Ini akan menarik minat anak.

Jadikan ia cerita yang dekat dengan kehidupan, contohnya mengenai adik beradik, haiwan kesayangan atau orang terdekat dengan anda.

Sambil bercerita, anda boleh bertanya kepada anak untuk memancing perhatiann­ya. Beri juga peluang untuk anak anda bertanya.

Galakkan anak anda bercerita. Kanak-kanak semuda tiga tahun sudah boleh mengingat cerita yang anda bacakan. Jadi anda boleh merangsang dia bercakap dan memperbaik­i sebutan perkataann­ya.

Buat buku foto bersama-sama.

Anda boleh gunakan gambar keluarga atau yang dipotong dari majalah, katalog jualan, akhbar atau apa saja.

Ini akan menjadi alat menyeronok­kan untuk anak anda merangka cerita. Boleh juga tuliskan perkataan yang mudah di dalam buku berkenaan.

- Siti Nadirah Hafidzin

Tidak wajar bandingkan perkembang­an anak dengan kanak-kanak

lain Hakikatnya, ibu bapa perlu melihat senario ini dalam perspektif kanakkanak bukan daripada perspektif dewasa

 ??  ?? BELI buku mengikut kesesuaian usia anak.
l
l
l
l
l
BELI buku mengikut kesesuaian usia anak. l l l l l
 ??  ?? l
l
l l

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia