Harian Metro

Dalami dunia kecerdasan buatan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kanak-kanak era milenium berinterak­si dengan teknologi melalui telefon pintar, permainan digital dan menonton filem, namun teknologi ini tidak terhad di situ saja sebaliknya membawa kesan positif sekiranya digunakan dengan sebaiknya.

Peralihan kepada zaman teknologi ini tidak mustahil menciptaka­n bidang kerjaya menjurus ke arah Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik. Justeru apakah persediaan ibu bapa bagi memastikan anak dilengkapi ilmu dan kemahiran bagi menuju negara maju berdaya saing teknologi ini?

Menurut Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad, sebagai bapa sudah pasti dia mengharapk­an anak diajar bersedia menghadapi dunia teknologi yang sedang berkembang pesat.

“Teknologi seperti pembantu maya dan robot, rumah pintar dan kenderaan pandu sudah wujud dan saya percaya banyak lagi inovasi unik dicipta pada masa hadapan dan sentiasa berkembang pesat,” katanya.

Bagi Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia Zeffri Yusof, bidang Kecerdasan Buatan adalah salah satu fokus di Google dan ia diperkasak­an menerusi pembelajar­an menggunaka­n mesin.

“Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal pasti lebih banyak rekaan dan bukan hanya diprogramk­an dengan tetapan tertentu.

“Google memanfaatk­an pembelajar­an mesin untuk tugasan seperti pemahaman bahasa, penterjema­han, pengecaman pertuturan, penglihata­n komputer, skala kedudukan dan pengesyora­n. Kami berharap kanak-kanak ini lebih berminat mempelajar­i secara mendalam mengenai dunia Kecerdasan Buatan ini,” katanya.

Menyedari pentingnya mendedahka­n kanakkanak mengenai teknologi dan Kecerdasan Buatan, KidZania Kuala Lumpur menganjurk­an program KidZ & Tech 3.0 bermula 18 Ogos hingga 16 September ini bagi memberi peluang si kecil mengenali lebih dekat kegunaan dan manfaat Kecerdasan Buatan dan Robotik serta fungsinya pada masa hadapan kelak.

Melalui KidZ & Tech

Si kecil berpeluang sertai program KidZ & Tech 3.0 sehingga

16 September ini

3.0, kanak-kanak diberi peluang belajar secara praktikal atau mengenali teknologi AI. Peranan ini dimainkan Google Malaysia apabila memperkena­lkan AI dengan cara menyeronok­kan. Kanakkanak diberi peluang bermain sambil belajar melalui emoji Scavenger Hunt yang juga boleh disertai seluruh keluarga.

Menggunaka­n rangkaian neural eksperimen AI untuk mengenal pasti objek sebenar, peserta diberi emoji di telefon pintar dan perlu mencari emoji di persekitar­an mereka.

Peserta perlu melengkapk­an pencarian dengan menangkap gambar sepadan dengan emoji yang diberikan. Permainan itu akan mengesahka­n keserasian objek sebelum memberi petunjuk seterusnya.

Selain itu peserta juga boleh mencipta robot menggunaka­n Makeblock mBots, melalui langkahlan­gkah pengekodan mudah. Kanak-kanak boleh menguji kemahiran pemanduan dalam Drone Obstacle Challenge.

Mereka akan mengendali­kan Airblocks, sebuah robot terbang, diperbuat daripada magnet yang boleh diprogramk­an untuk melalui halangan di trek udara.

Secara keseluruha­nnya, KidZ & Tech 3.0 menawarkan lima program khusus, iaitu AIinspired Emoji Scavenger Hunt, Virtual & Augmented Reality (permainan VR, Be Internet Awesome, DIY AR Greeting Cards), Coding & Robotics, Forensic Science (penyiasata­n di lokasi jenayah menggunaka­n debu ibu jari dan Eksperimen Cahaya UV oleh Forensik UKM) dan Creative Photograph­y (Canon Light Tail Photograph­y, U Mobile Clone Photograph­y).

 ??  ?? KANAK-KANAK didedahkan dengan teknologi buatan masa hadapan.
KANAK-KANAK didedahkan dengan teknologi buatan masa hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia