Harian Metro

Pasta serbuk bayam, tomato pikat selera anak

-

Seorang wanita bergelar ibu bukan saja perlu rajin, namun pada masa sama harus bijak dan kreatif dalam menyediaka­n hidangan untuk menarik selera anak.

Ini kerana tidak semua kanak-kanak mahu menerima apa saja menu yang disediakan ibu. Ada segelintir yang bersikap agak cerewet dan sukakan hidangan baru.

Berusaha dalam membantu si ibu, Prego iaitu pakar hidangan pasta ini melancarka­n Prego Buddies, pasta kering berbentuk menarik untuk kanakkanak

Diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta didatangka­n dalam beraneka bentuk bertemakan sukan dan angkasa, ia tentu saja dapat membantu si ibu memikat selera anak untuk menikmati hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronok­kan. Lebih menarik apabila ia amat mudah disediakan dan hanya mengambil masa 10 minit.

Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara Michelle Nunis berkata, pihaknya teruja mengembang­kan lagi rangkaian pasta kering keluaranny­a dengan memperkena­lkan produk terbaru khas untuk si cilik yang menggemari pasta.

Menurutnya, ia dapat memenuhi keinginan ibu untuk menjadikan masa makan sebagai satu pengalaman yang menyeronok­kan.

“Kami sentiasa komited dalam usaha menjadikan masa makan sebagai detik yang menggembir­akan bagi seluruh ahli keluarga.

“Sebagai pakar pembuat pasta, kami ingin memastikan setiap hidangan dimasak untuk keluarga adalah enak, seronok dan mudah disediakan,” katanya.

Tambahnya, dengan hanya 10 minit, golongan ibu mampu menyediaka­n beraneka jenis pasta dengan penuh kasih sayang, pada bila-bila masa saja ditambah dengan penggunaan sos pasta Prego.

Sementara itu, selebriti Scha Alyahya berkata, dia teruja dengan pengenalan produk terbaru itu memandangk­an anaknya, Lara Alana turut menggemari sajian pasta.

“Saya sangat gembira dapat menyediaka­n sesuatu yang baru untuk Lara dan pada masa sama mengetahui dia turut mendapat khasiat melalui hidangan yang mengandung­i sayursayur­an,” katanya.

Prego Buddies didatangka­n dalam dua pilihan berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan atau angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli, ia boleh didapati dalam pek 200 gram pada harga RM2.35.

 ??  ?? MAJLIS pelancaran Prego Buddies, baru-baru ini.
MAJLIS pelancaran Prego Buddies, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia