Harian Metro

Dua dalam satu

-

Peminat di utara tanah air berpeluang menonton dua teater dalam satu persembaha­n iaitu Ash In The Ashes & Asylum yang dipentaska­n Tronoh Theatre Shop dengan kerjasama penangpac di stage 2, penangpac, Pulau Pinang mulai malam ini hingga Ahad.

Ash In The Ashes diarahkan Ash (Asyraf Nazmie) manakala Asylum diarahkan Profesor Dr Shamsul Rahman atau dikenali sebagai Profesor Shark.

Teater ‘mime’ Ash In The Ashes pertama kali dipentaska­n rakyat Malaysia secara skala penuh yang dilakonkan sendiri oleh Ash yang juga bekas anggota Tronoh Theatre Shop Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar.

Ia mengisahka­n seorang peragawati bernama Ash yang mencari cinta dan akhirnya bertemu lelaki idamannya di satu pesta menari. Mereka kemudian berkahwin.

Namun, apabila semuanya menuju kebahagiaa­n, satu persatu tragedi menimpa Ash.

Asylum pula mengisahka­n sekumpulan pesakit mental dari kumpulan Unit Teater Psikotik (UTP) berusaha mementaska­n sebuah teater di Pulau Pinang sempena pembukaan hospital pesakit mental yang baru, Pusat Psikotik Negara.

Cerita yang dipentaska­n adalah untuk menyindir masyarakat yang lupa akan rahmat Tuhan. Mereka akhirnya menerima balasan di atas perbuatan mereka dan tidak lagi dapat ditarik balik apabila gempa bumi berlaku.

Profesor Shark yang juga penulis skrip Asylum berkata, karyanya ini ditulis pada 1992 bagi mengkritik keadaan semasa dari segi sosial dan politik, tetapi masih relevan hingga kini.

“Saya pensyarah bidang kejurutera­an awam dan berkecimpu­ng dalam teater selama 32 tahun. Saya pernah berlakon di bawah Normah Nordin, Jo Kukhatas dan ramai lagi. Saya juga pernah mementaska­n Cinta Sang Arnab di bawah program panggung negara pada 1992,” katanya.

Menurutnya, semua yang terbabit dalam pementasan ini adalah dari Tronoh Theatre Shop yang juga pelajar UTP.

Tiket yang dikenakan untuk menonton berharga RM35 untuk orang awam dan RM30 bagi pelajar, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas. Ia boleh didapati menerusi https://www.ticketpro.com.my.

 ??  ?? ASH beraksi dalam Ash In The Ashes.
ASH beraksi dalam Ash In The Ashes.
 ??  ?? BARISAN pelakon Asylum.
BARISAN pelakon Asylum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia