Harian Metro

Vanilla Ice dikuaranti­n

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Tidak dibenar keluar dari pesawat selama beberapa jam berikutan ada penumpang demam

Selepas menempuh waktu penerbanga­n lama dari Afrika Selatan, penyanyi rap 90-an, Vanilla Ice tidak sabar pulang ke rumahnya di Amerika Syarikat.

Bagaimanap­un, kepenatan pemilik nama sebenar Rob Van Winkle itu tidak berakhir di situ apabila dia dikuaranti­n dalam penerbanga­n selama beberapa jam.

Difahamkan pesawat dinaiki 520 penumpang termasuk Vanilla Ice baru tiba dari Dubai ke Lapangan Terbang Antarabang­sa John F Kennedy, New York pagi Rabu lalu.

Menurut penyanyi lagu hit Ice Ice Baby itu, sebaik tiba di lapangan terbang penumpang tidak dibenarkan keluar dari pesawat berikutan ada di antara mereka demam.

Vanilla Ice, 50, turut berkongsi rakaman video memaparkan beberapa ambulans dan jentera bomba di luar kapal terbang itu di Twitter.

Menurut penyanyi itu, dia bernasib baik kerana tempat duduknya di tingkat atas pesawat Airbus A380 dan penumpang yang sakit berada di bahagian bawah.

Difahamkan dia serta penumpang lain dibenarkan pulang selepas beberapa jam.

Pengurus Vanilla

Ice turut mengesahka­n penyanyi berkenaan berada dalam pesawat terbabit.

Sementara itu, pengikut Vanilla Ice di Twitter menggunaka­n beberapa ayat daripada lagu hit Ice Ice Baby sebagai jenaka situasi dilaluinya.

Seorang pengikut meminta Vanilla keluar dari pesawat untuk cuba menenangka­n keadaan dengan bercakap 'Yo, you got a problem? I'll solve it. Check out the mix while the DJ revolves it.'

Status itu kemudian dibalas pengikut lain dengan mencadangk­an Vanilla Ice sepatutnya mendatangi anggota medik sambil bercakap 'Alright, stop! Collaborat­e and listen!'

Semua itu sebahagian daripada lirik lagu Ice Ice Baby.

 ??  ?? VANILLA Ice
VANILLA Ice
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia