Harian Metro

Situasi luar biasa ketika serbuan

-

Mahkamah Majistret di sini, semalam diberitahu pasukan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) berhadapan situasi luar biasa ketika membuat serbuan di pertanding­an ratu cantik transgende­r, dua tahun lalu.

Akhbar The Star melaporkan demikian ketika Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan JAWI Akmal Nadzim Abdullah, 45, memberi keterangan dalam kes membabitka­n peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kassim atau Siti Kassim.

Siti Kassim didakwa menghalang pegawai Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali menjalanka­n tugasnya di

Hotel Renaissanc­e di sini, jam 10.30 malam, 3 April 2016.

Bagi perbuatan itu, Siti Kassim didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun

Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

Akmal Nadzim berkata, pasukannya ditugaskan menyerbu dewan di Hotel Renaissanc­e pada 3 April

2016, selepas mendapat maklumat awam.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni, beliau berkata, apabila pasukannya memasuki dewan itu, mereka memantau program yang sedang berjalan.

“Saya melihat 100 di dalam dewan, 20 di atas pentas, yang kami agak sebagai peserta berdasarka­n pakaian mereka seperti memakai tiara.

“Pada masa sama, seorang wanita datang ke arah saya. Saya memperkena­lkan diri dengan menunjukka­n kad kuasa serta menjelaska­n tujuan ada di situ,” katanya.

Akmal Nadzim berkata, beliau hanya mengetahui kemudian wanita yang datang menemuinya itu Siti Kassim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia