Harian Metro

Ambil keterangan kes jual tanah PAFA

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

Ipoh: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak mengesahka­n merakam percakapan lebih 20 individu dalam Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bagi membantu siasatan kes penjualan tanah hak milik persatuan itu.

Pengarahny­a, Datuk Zainul Darus berkata, mereka yang diambil keterangan adalah dalam kalangan pimpinan di bawah pentadbira­n sedia ada dan pimpinan terdahulu untuk siasatan lanjut.

Katanya, setakat ini siasatan dijalankan dan beliau tidak boleh mendedahka­n secara terperinci butiran siasatan berkenaan.

“Kami perlu meneliti berikutan kes itu berlaku ketika pimpinan terdahulu, jadi kami memanggil kedua-duanya (pimpinan sekarang dan terdahulu) dari segi dokumen dan kenyataan mereka.

“Secara keseluruha­nnya, kes berkenaan membabitka­n isu penjualan tanah milik PAFA,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Pada 19 Ogos lalu, NSTP melaporkan, Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, mengesahka­n tiga ahli jawatankua­sa persatuan itu dipanggil SPRM berhubung isu pengurusan di bawah pimpinan pentadbira­n terdahulu.

Kes tuntutan palsu membabitka­n bekas pegawai kanan sebuah agensi Kerajaan Persekutua­n antara tiga kes berprofil tinggi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata, selain kes tuntutan palsu, dua lagi kes adalah salah guna kuasa dan ketiga-tiga kes membabitka­n wang melebihi RM600,000.

Katanya, ketiga-tiga kes berprofil tinggi itu yang direkodkan SPRM negeri sejak 2016 dirujuk kepada ibu pejabat suruhanjay­a untuk peringkat semakan.

“Sejak berkhidmat semula sebagai pengarah SPRM negeri pada 2016, menjadi misi saya untuk membantera­s gejala rasuah dan ketirisan di negeri ini. Pada masa sama, tingkatkan hasil penguatkua­saan.

“Hasilnya, sejumlah 20 kes rasuah termasuk kes berprofil

 ??  ?? MOH Samsudin (kiri) beramah mesra dengan pegawai sempena majlis persaraan di Pejabat SPRM Kota Bharu, semalam.
MOH Samsudin (kiri) beramah mesra dengan pegawai sempena majlis persaraan di Pejabat SPRM Kota Bharu, semalam.
 ??  ?? ZAINUL
ZAINUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia