Harian Metro

‘Saya amat terkejut’

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

„ Tuduhan Guan Eng baki Akaun Hasil Disatukan tak masuk akal

Datuk Seri Najib Razak menyifatka­n kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang baki akhir Akaun Hasil Disatukan hanya RM450 juta pada April lalu sebagai tidak masuk akal.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana, baki Akaun Hasil Disatukan bagi 2017 saja berjumlah RM18.064 bilion dalam bentuk wang tunai dan simpanan tetap.

Malah, Najib turut menegaskan jumlah baki akhir Akaun Hasil Disatukan pada setiap bulan adalah sekitar RM18 bilion sehingga RM20 bilion.

Menurut beliau, penjawat awam yang memproses pengurusan aliran wang juga akan memastikan jumlahnya mencukupi untuk menjadi penampan bagi tempoh dua bulan bagi tujuan membayar gaji penjawat awam dan pencen pesara.

“Saya tidak pernah melihat penyata April dan ‘amat terkejut’ dengan tuduhan Guan Eng yang baki Akaun Hasil Disatukan pada akhir April hanya RM450 juta.

“Walaupun penyata akaun bulanan ini tidak didedahkan dan saya tidak boleh lagi meminta untuk merujuk penyata ini, pada pengetahua­n saya, baki untuk akhir Mac 2018 juga sekitar RM18 bilion. Mustahil baki ini turun daripada RM18 bilion kepada RM450 juta pada April saja.

“Setiap bulan ada aliran wang masuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta beberapa sumber lain, oleh itu baki RM450 juta ini langsung tidak masuk akal.

“Adakah Menteri Kewangan juga ‘main hantam’ lagi apabila membuat tuduhan begitu mengejutka­n ini dan sekadar mahu mengelak daripada mewujudkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai ‘rompakan’ RM35 bilion wang GST dan LHDN seperti saya minta demi mencari kebenaran siapa sebenarnya yang menipu,” katanya pada entri di Facebook beliau, semalam.

Kelmarin, Guan Eng mendedahka­n aliran tunai kerajaan hanya berjumlah RM450 juta sehingga 30 April lalu, kira-kira dua minggu sebelum berlangsun­gnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyanggah kenyataan Najib sebelum ini yang menyatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) meninggalk­an sejumlah RM42 bilion dalam akaun berkenaan.

Guan Eng berkata, susulan jumlahnya hanya RM450 juta, kerajaan terpaksa memperkena­lkan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) kerana kerajaan tidak memiliki cukup wang.

Najib turut berkata, penyata kewangan bulanan kerajaan biasanya disiapkan pada 15 haribulan dan bagi April, penyata kewangan itu disiapkan pada 15 Mei, selepas kerajaan diambil alih Pakatan Harapan (PH).

“Semua aliran masuk atau keluar wang daripada akaun kerajaan akan dicatat dan ada buktinya. Jika Menteri Kewangan tegas dengan pendiriann­ya baki pada April jatuh kepada RM450 juta, beliau boleh merujuk kepada pengaliran wang ini dan tidak perlu tanya saya ke mana wang itu pergi,” katanya.

 ??  ?? NAJIB
NAJIB
 ??  ?? GUAN Eng
GUAN Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia