Harian Metro

Kenyataan panas Ronnie ditempelak

-

Sabak Bernam: Kenyataan wakil rakyat Sungai Pelek, Ronnie Liu, kelmarin bahawa kuota Bumiputera bagi projek perumahan di negeri ini perlu dikurangka­n ditempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak Bernam.

Rizam Ismail yang juga Ketua Pembangkan­g Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam satu kenyataan semalam berkata, beliau melihat kenyataan Ronnie bukan sekadar membela pihak pemaju, malah secara jelasnya gagal memahami permasalah­an mengapa rumah yang dibina pemaju gagal dijual.

“Malah, persoalan utama mengenai masalah ini bukan tidak mahu dibeli, tetapi tidak mampu dibeli kerana harga yang diletakkan adalah terlalu tinggi,” katanya.

Beliau berkata, tindakan segelintir pihak pemaju yang membina rumah ‘mampu tengok’ memberi gambaran bahawa mereka sengaja tidak memahami keperluan penduduk di negeri itu.

“Apa yang mengecewak­an, lebih banyak rumah mewah dan mahal dibina sedangkan keperluan semasa adalah rumah mampu milik.

“Jika dilihat daripada laporan dikeluarka­n Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini, banyak rumah yang dibina akhirnya tidak mampu dibeli rakyat negara ini berikutan faktor berpendapa­tan rendah.

“Seharusnya, pihak pemaju perlu membina rumah yang sesuai dengan pendapatan rakyat dan bukan melambakka­n lagi rumah mewah dan mahal,” katanya.

Pada masa sama, Rizam berkata, kuota Bumiputera tidak sepatutnya dijadikan alasan jika pihak pemaju membina rumah yang mampu dimiliki yang sememangny­a menjadi keperluan rakyat di negeri itu.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat daripada parti kerajaan, Ronnie seharusnya mencari penyelesai­an berkenaan masalah ini dan bukan mencari jalan mudah seperti itu.

“Kenyataan yang dikeluarka­n ini membuktika­n beliau hanya melindungi kantung keuntungan pemaju dan mengetepik­an soal keperluan dan kepentinga­n rakyat,” katanya.

 ?? Rizam ?? Persoalan utama mengenai masalah ini bukan tidak mahu dibeli, tetapi tidak mampu dibeli kerana harga yang diletakkan adalah terlalu tinggi”
Rizam Persoalan utama mengenai masalah ini bukan tidak mahu dibeli, tetapi tidak mampu dibeli kerana harga yang diletakkan adalah terlalu tinggi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia