Harian Metro

Saman fitnah isu telur penyu selesai cara baik

- Norrasyida­h Arshad cnews@nstp.com.my

Kes saman fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap syarikat penerbitan Sabah Publishing Sdn Bhd dan pengarang akhbar Daily Express diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Saman itu berhubung tiga artikel yang didakwa memfitnah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dengan isu hidangan telur penyu di Sabah tahun lalu.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Bhag Singh yang mewakili Pengarang Daily Express, James Sarda dan syarikat penerbitan itu selepas kes disebut di dalam kamar Pesuruhjay­a Kehakiman Darryl Goon Siew Chye.

Ismail Sabri diwakili peguam Samsinaral­ia Sahar.

Bagaimanap­un, terma penyelesai­an tidak didedahkan kepada media.

Pada 30 Mac 2017, plaintif, Ismail Sabri memfailkan saman terhadap defendan selepas akhbar itu menerbitka­n tiga artikel berserta gambar Ismail Sabri bersama bekas Ketua UMNO Bahagian Beluran, Datuk James Ratib menikmati makan malam dengan telur penyu dihidangka­n atas meja.

Plaintif mendakwa, pernyataan fitnah itu sengaja direka untuk memburukka­n dan mencemarka­n reputasiny­a sebagai menteri, ahli Parlimen dan ahli politik ketika itu.

Selain menuntut ganti rugi RM10 juta, pihak plaintif turut menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta injunksi.

Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh negara kini hanya tinggal 12 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini.

Perkara itu didedahkan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang kini Penasihat Majlis Perundinga­n Melayu (MPM).

Menurutnya, peratusan yang semakin berkurang 38 peratus itu dikesan sejak dua tahun lalu selain pihaknya turut menjalanka­n siasatan berkenaan hal terbabit.

“Banyak TRM ini diambil untuk dibuat jalan, buat itu, buat ini tetapi tidak digantikan semula.

“Ada yang mahu diganti tetapi ada pihak lain berpakat tidak menggantik­an tanah diambil.

“Ini bukan konspirasi tetapi nak senang. Sesetengah tanah ini masih milik kerajaan, belum jadi hak Melayu, tetapi bila dah ambil tidak mahu pulang semula,” katanya selepas menjadi panel dalam Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Universiti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia