Harian Metro

40 ahli Syiah berzikir ayat pelik

-

Kota Bharu: Lebih 40 ahli kumpulan syiah termasuk ketua kumpulan itu yang ditahan pihak berkuasa minggu lalu mengamalka­n zikir termasuk berselawat dengan cara berlainan daripada penganut Islam di negara ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, perbuatan mereka yang terpesong itu dikesan dalam serbuan di Jalan Sri Cemerlang di sini, pada malam sambutan Hari Kebangsaan lalu.

Katanya, selain berzikir dengan ayat pelik, mereka juga membaca kitab dan risalah berkaitan agama Islam yang tidak diluluskan pihak berkuasa agama.

Katanya, ada lebih 100 ahli Syiah termasuk ketua kumpulan yang dikesan bergiat aktif di negeri ini.

“Ada lebih 100 ahli kumpulan Syiah di negeri ini yang melakukan aktiviti secara sembunyi dan kami percaya mereka terpengaru­h kerana individu tertentu.

“Kegiatan Syiah di negeri ini terkawal kerana pemantauan berterusan daripada JAHEAIK. Bagaimanap­un, JAHEAIK bertanggun­gjawab memastikan akidah rakyat negeri ini sentiasa terpelihar­a dan tidak diganggu mana-mana ajaran sesat,” katanya, semalam.

Sehubungan itu, Che Mohd Rahim berkata, jabatan itu sedia mengadakan perjumpaan dengan ahli kumpulan syiah termasuk ketua dan orang kanan dalam masa terdekat.

“Perjumpaan itu diadakan secara tertutup untuk mendidik ke jalan benar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia