Harian Metro

7 suspek tikam dicekup

-

Shah Alam: Tujuh lelaki yang disyaki terbabit dengan kejadian menikam lelaki orang kurang upaya (OKU) di Jeram, Kuala Selangor pada 31 Ogos lalu, sudah ditangkap polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya kini giat memburu seorang lagi suspek yang dipercayai menikam mangsa berusia 35 tahun itu.

“Identiti suspek yang menikam itu sudah dikenal pasti dan kita percaya dapat menahannya dalam masa terdekat,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, kejadian terbabit tiada kaitan dengan sentimen perkauman seperti yang viral di media sosial baru-baru ini.

“Polis juga tidak teragak-agak membuka kertas siasatan terhadap mereka yang cuba menyebarka­n perkara tidak betul mengenai kejadian terbabit,” katanya.

semua maklumat dan butiran mereka dirahsiaka­n,” katanya ketika sidang media

di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Dalam perkembang­an berasingan, polis negeri itu melakukan 1,429 serbuan terhadap premis barang lusuh di negeri itu sejak Januari hingga 17 Ogos lalu, yang dipercayai menjadi tempat penjenayah melupuskan hasil kegiatan jenayah mereka.

Mazlan berkata, daripada serbuan berkenaan, 413 tindakan saman mengikut Seksyen 6 Akta Barang-Barang Lusuh dan Terpakai 1946 (Akta 189) dikenakan terhadap pengusaha premis barang lusuh yang tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

“Selain tindakan saman, kita turut menahan pengusaha premis barang lusuh di Ara Damansara, Petaling Jaya dan menemui sejumlah 85 kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilaporkan hilang pada 26 Julai lalu,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN melancarka­n Info Line Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam.
MAZLAN melancarka­n Info Line Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia