Harian Metro

‘Peluang ini tidak datang berkali-kali’

-

Subang: Biarpun berjauhan dari keluarga, namun ia tidak mematahkan semangat pegawai tentera darat wanita yang menyertai misi pengaman MALBATT 850-6 di Lubnan.

Mejar Dr Sharifah Lini Malihan Syed Khalid, 33, berkata, misi pengaman ini adalah misi pertamanya sejak menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih lima tahun lalu.

“Saya bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital ATM di Lumut, Perak dan mendapat tahu terpilih menyertai misi ini.

“Saya sangat teruja dan bangga apabila dipilih mewakili pasukan keselamata­n negara namun tidak dinafikan perasaan sukar untuk meninggalk­an keluarga selama setahun,” katanya.

Beliau yang berkhidmat bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) adalah antara tiga pegawai wanita daripada 215 anggota pasukan MALBATT 850-6 yang berlepas ke Lubnan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, semalam.

Mereka menggantik­an MALBATT 850-5 yang menamatkan misi

selepas berkhidmat selama setahun.

Sementara itu, Leftenan Kolonel Nazaruddin Ismail berkata, dia berazam mahu mengharumk­an nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada misi berkenaan.

Menurutnya, ia pengalaman pertama ditugaskan ke luar negara.

“Peluang ini tidak datang berkali-kali dan inilah masa untuk saya berkhidmat untuk negara. Saya berharap dapat mengharumk­an nama ATM di mata dunia melalui misi ini,” katanya.

 ??  ?? DR Sharifah Lini Malihan
DR Sharifah Lini Malihan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia