Harian Metro

Bantu golongan muda kurangkan kos pengangkut­an

-

Hartanah di sekitar rangkaian pengangkut­an awam seperti Tren Aliran Transit Massa (MRT) perlu dijual pada harga mampu milik kerana boleh membantu golongan muda mengurangk­an kos pengangkut­an.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, apa yang berlaku kini adalah kebanyakan hartanah di sekitar laluan pengangkut­an awam dijual pada harga tinggi sehingga tidak mampu dibeli oleh golongan muda.

Beliau berkata, golongan muda yang bekerja terpaksa tinggal jauh dari lokasi pekerjaan mereka sekali gus meningkatk­an lagi perbelanja­an harian.

Ini, katanya bertentang­an dengan konsep pengangkut­an awam yang membantu mengurangk­an kos pengangkut­an rakyat serta meningkatk­an kadar mobiliti.

“Kami akan berbincang dengan pihak terbabit seperti Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melihat semula perkara ini.

“Apa yang berlaku kini lokasi kediaman golongan muda tidak strategik dan jauh dari lokasi kerja mereka. Seharusnya bila ada jalinan pengangkut­an awam sebegini, ia membantu memudahkan golongan muda yang kebanyakan­nya berpendapa­tan bawah RM4,000.

“Bila ada pengangkut­an awam, mereka boleh guna dan jimatkan perbelanja­an kos pengangkut­an. Ini yang perlu kita teliti semula,” katanya selepas pelancaran program Kunci Rumah Pertamaku di sini, semalam.

Selain itu, Syed Saddiq berkata, pihaknya akan berbincang dengan KPKT dan pemain industri hartanah bagi pelan pembanguna­n bersama di sekitar aset Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Ini bagi menjadikan aset KBS seperti kompleks sukan dapat digunakan sepenuhnya dan tidak dibiarkan kosong tanpa diguna oleh rakyat.

“KBS juga bakal bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Pendidikan bagi program kesedaran kewangan kepada golongan muda,” katanya.

 ??  ?? SYED Saddiq
SYED Saddiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia