Harian Metro

Selangor unjur pelaburan RM7b dalam industri pembuatan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor menyasarka­n pelaburan RM7 bilion dalam industri pembuatan di negeri itu pada tahun ini, meningkat 17 peratus berbanding RM5.8 bilion tahun lalu.

Menteri Besarnya, Amirudin Shari berkata, sebahagian besar jumlah itu disumbangk­an oleh sektor makanan dan minuman, elektronik dan elektrikal, sains hayat, mesin dan peralatan serta peralatan pengangkut­an.

Katanya, selain industri pembuatan, industri perkhidmat­an juga adalah antara penyumbang yang tinggi kepada ekonomi negeri itu apabila menyumbang lebih RM4 bilion pada tahun lalu.

“Kami mempunyai semua infrastruk­tur dan aktiviti, kerana itu kerajaan negeri tidak boleh bergantung kepada industri pembuatan semata-mata. “Cabaran kami ketika ini adalah bagaimana untuk meningkatk­an potensi yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor (SIBS) 2018, di sini, semalam.

Perasmian disempurna­kan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kerajaan Selangor menyasarka­n ekonomi negeri akan berkembang RM290 bilion pada tahun ini, meningkat tujuh peratus daripada tahun lalu.

“Kita juga berharap sekurang-kurangnya pada tahun ini dapat mengekalka­n sumbangan ekonomi Selangor sebanyak 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia seperti tahun lalu,” katanya.

Ditanya mengenai kesan pelaksanaa­n kadar gaji minimum baru RM1,050 bermula tahun depan kepada ekonomi negeri, Amirudin berkata, pihaknya akan memantau kesannya.

 ?? Amirudin Shari ?? Kami mempunyai semua infrastruk­tur dan aktiviti, kerana itu kerajaan negeri tidak boleh bergantung kepada industri pembuatan semata-mata”
Amirudin Shari Kami mempunyai semua infrastruk­tur dan aktiviti, kerana itu kerajaan negeri tidak boleh bergantung kepada industri pembuatan semata-mata”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia