Harian Metro

LazMall tampilkan koleksi terpilih

-

Lazada Malaysia, platform beli-belah dan penjualan dalam talian memperkena­lkan LazMall, iaitu saluran terbarunya yang menampilka­n koleksi terpilih daripada jenama terkenal tempatan dan antarabang­sa, jenama dalam talian bertaraf tinggi dan pengedar jenama yang sah.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Christophe Lejeune berkata, menerusi pelancaran LazMall itu, pihaknya yakin ia dapat menjadikan Lazada Malaysia sebagai destinasi beli-belah sehenti terbesar di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata, produk yang ditawarkan di LazMall adalah 100 peratus tulen dan akan dihantar terus kepada pembeli dalam tempoh 24 jam atau kurang serta polisi pemulangan mudah selama 15 hari.

“LazMall adalah destinasi sehenti atas talian yang mengandung­i jenama terkenal di bawah satu bumbung serta platform e-dagang pertama yang menawarkan penghantar­an sepantas 24 jam, bermula dengan Lembah Klang.

“Ia adalah langkah seterusnya dalam misi kami untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dengan membina ekosistem hujung ke hujung dengan lebih bersepadu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

LazMall menawarkan lebih 500 jenama seperti Apple, L’Oréal, Xiaomi, Unilever, Phillips, P&G, Danone, Samsung dan Estee Lauder yang mana ia dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini.

The Holstein Milk Company Sdn Bhd (Holstein), syarikat 30 peratus milik Khazanah Nasional Bhd, melabur RM85 juta membeli ladang dan kilang tenusu di Melbourne, Australia.

Langkah terbaru pengeluar jenama nama susu segar tempatan, Farm Fresh itu adalah untuk menampung permintaan pasaran susu segar di negara ini.

Pengarah Operasinya, Azmi Zainal berkata, daripada jumlah itu RM45 juta untuk membeli ladang seluas 607

 ??  ?? LEJEUNE (tengah) bersama rakan niaga pada perasmian Lazada 9.9.
LEJEUNE (tengah) bersama rakan niaga pada perasmian Lazada 9.9.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia