Harian Metro

Labur RM85 juta

- Abdul Razak Raaff cnews@nstp.com.my

„ Holstein beli ladang, kilang tenusu di Melbourne, Australia

hektar dengan 2,000 lembu susu baka Holstein termasuk mewujudkan bank sperma bagi pembenihan baka lembu susu.

Beliau berkata, syarikat itu turut melabur RM40 juta bagi kilang pengeluara­n susu yang dibeli pada Julai lalu.

Katanya, kilang yang terletak di Victoria, Melbourne itu mampu menghasilk­an 27,000 liter susu sehari untuk dihantar semula ke kilang di Pusat Penyelidik­an dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC), Rompin untuk pengeluara­n dan pasaran tempatan.

“Kita membuat pelaburan di sana (Australia) untuk meningkatk­an pengeluara­n susu mentah negara kepada 30 peratus berbanding 17 peratus ketika ini.

“Ia sekali gus membantu syarikat untuk meningkatk­an penguasaan pasaran rangkaian produk kepada 43 peratus hingga hujung tahun ini berbanding 39 peratus pada masa ini.

“Malah, kilang pemprosesa­n susu kita di MSCRIC seluas 12 hektar yang mula beroperasi Julai lalu dengan kos RM26 juta juga membantu syarikat memenuhi permintaan pasaran susu tempatan seterusnya memenuhi sasaran menjadi pengeluar susu segar terbesar di Asia Tenggara,” katanya.

Beliau ditemui memberi taklimat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang melawat pusat penyelidik­an dan kilang pemerosesa­n susu di Muadzam Shah, semalam.

Azmi berkata, kilang di MSCRIC itu menghasilk­an 80,000 liter susu sehari dengan 60,000 liter susu UHT (Ultra High Temperatur­e) dan 20,000 liter susu segar sehari.

Selain itu, beliau juga berkata, syarikat itu turut memperkena­lkan susu UHT bersaiz 200 mililiter (ml) dalam kotak bermula Julai lalu, untuk sasaran pelajar sekolah.

“Pada masa ini, 15,000 liter susu sehari digunakan bagi menghasilk­an susu UHT dalam kotak dan kita akan meningkatk­an pengeluara­nnya sehingga 30,000 liter sehari pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, Azmi juga berkata syarikat itu juga bercadang meneroka pasaran baru di Filipina tahun hadapan selepas berjaya memasuki pasaran susu segar di Singapura.

 ??  ?? WAN Rosdy (tengah) bersama Azmi (dua dari kiri) meninjau keadaan
lembu tenusu pada lawatan kerja di MSCRIC, Muadazam Shah.
WAN Rosdy (tengah) bersama Azmi (dua dari kiri) meninjau keadaan lembu tenusu pada lawatan kerja di MSCRIC, Muadazam Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia