Harian Metro

ALHAMDULIL­LAH...

- Agensi

„ Pasangan Kanada tunai haji bawa balik anak kucing terbiar ditemui di Madinah

Kehidupan seekor anak kucing yang sakit dan tidak boleh berjalan di Madinah berubah sekelip mata apabila satu pasangan dari Kanada, Don dan Amany Trim menemui haiwan itu ketika mengerjaka­n haji sebelum membawanya pulang ke negara asal mereka.

Pasangan berkenaan menemui anak kucing hitam itu yang dinamakan Zamzam ketika tiba di Hotel Crown Plaza, pada hari pertama mereka tiba di Madinah.

Amany berkata, beberapa orang memberitah­u, kucing itu harus tinggal di Madinah kerana ia lahir di kota berkenaan.

“Kami berusaha untuk mencari tempat tinggal untuk kucing ini di Madinah tetapi gagal. Namun, kami yakin ini tanda Allah mahu kami menjaga kucing Zamzam,” jelasnya.

Kata pasangan itu lagi, mereka berdepan dengan pelbagai prosedur rumit termasuk pemeriksaa­n perubatan untuk membawa Zamzam pulang ke Kanada.

Menurutnya, dengan bantuan seorang rakan mereka yang juga warga Arab Saudi, mereka menghabisk­an masa selama dua hari untuk pergi ke beberapa lokasi untuk menyiapkan dokumen bagi membawa Zamzam ke Kanada.

“Kami bertemu seorang doktor haiwan bagi memeriksa tahap kesihatan Zamzam dan menyediaka­n dokumen diperlukan untuk memohon pasport untuk kucing berkenaan.

“Kami menamakan kucing itu Zamzam sempena air suci di Makkah kerana kami merasakan kekuasaan Allah yang menemukan haiwan ini pada kami,” jelasnya.

Tambahnya, mereka menaiki tiga penerbanga­n untuk pulang ke Kanada dan turut berdepan masalah pihak penerbanga­n tidak membenarka­n haiwan berusia kurang 10 minggu berada di kabin.

“Apabila kami menceritak­an kisah kucing itu akhirnya pegawai penerbanga­n membenarka­n Zamzam ke kabin pesawat.

“Tiada siapa percaya kerana menganggap apa yang kami buat ini dianggap mustahil dilakukan tetapi kami percaya dengan kuasa Allah tiada apa yang mustahil.

“Syukur pada Allah, akhirnya Zamzam gembira dengan suasana baru di Kanada,” katanya.

 ?? Amany ?? DON mendukung Zamzam ketika menunggu penerbanga­n untuk pulang ke Kanada selepas menunaikan haji di Arab Saudi. - Agensi Kami menamakan kucing itu Zamzam sempena air suci di Makkah kerana kami merasakan kekuasaan Allah yang menemukan haiwan ini pada kami”
Amany DON mendukung Zamzam ketika menunggu penerbanga­n untuk pulang ke Kanada selepas menunaikan haji di Arab Saudi. - Agensi Kami menamakan kucing itu Zamzam sempena air suci di Makkah kerana kami merasakan kekuasaan Allah yang menemukan haiwan ini pada kami”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia