Harian Metro

Hukuman untuk pemandu bas gatal

-

Kaherah: Seorang pemandu bas yang cuba menyerang penumpang wanita secara seksual mendapat hukuman segera apabila orang ramai yang menyelamat­kan mangsa memalukann­ya dengan melucutkan pakaiannya dan memaksanya berdiri atas kenderaann­ya sehingga polis tiba.

Gambar yang tersebar di Twitter menunjukka­n lelaki itu yang cuma berseluar dalam berdiri atas bas di tengah jalan raya, manakala kelilingny­a dipenuhi orang ramai yang mengambil gambar dan merakam kejadian itu.

Daily Mail melaporkan, pengguna Twitter di tempat kejadian menceritak­an pemandu terbabit cuba mengambil kesempatan terhadap wanita berkenaan selepas berada di dalam bas itu berseorang­an.

Mangsa terselamat apabila seorang pejalan kaki yang kebetulan lalu di situ terdengar jeritannya dan terus naik ke bas bersama beberapa orang lain sebelum menahan pemandu terbabit.

Perbuatan kumpulan itu dipuji pengguna media sosial selepas gambar kejadian tular.

“Bagus mereka berbuat begini. Jika ini selalu dilakukan, kuranglah kejadian serangan seperti itu,” kata seorang pengguna.

Seorang lagi berkata: “Memang padan muka dia.”

Bagaimanap­un, ada juga yang mempertaha­nkan pemandu bas berkenaan kerana menganggap hukuman tidak patut dijatuhkan tanpa siasatan.

“Ini perbuatan jenayah, umpama kita hidup dalam hutan, bukannya sebuah negara. Jika dia membuat kesalahan dia patut diserahkan kepada polis untuk dihukum,” kata pengguna lain. Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang tular menunjukka­n pemandu berkenaan cuma berseluar dalam berdiri di atas bas dengan dikeliling­i orang ramai. - Daily Mail
GAMBAR yang tular menunjukka­n pemandu berkenaan cuma berseluar dalam berdiri di atas bas dengan dikeliling­i orang ramai. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia