Harian Metro

Sembilan maut, puluhan hilang

-

Tokyo: Gempa bumi 6.6 magnitud yang melanda Pulau Hokkaido di utara Jepun menyebabka­n sembilan penduduk terbunuh akibat tanah runtuh yang menimpa rumah mereka selain puluhan masih hilang, manakala banyak rumah rosak dan tertimbus.

Kira-kira tiga juta penduduk terputus bekalan elektrik selepas stesen janakuasa arang batu milik Hokkaido Electric Power rosak teruk akibat gempa bumi awal pagi semalam itu.

Loji Tomato-Atsuma yang dikendalik­an oleh Hokkaido Electric Power itu membekalka­n 350 megawatt (MW) menerusi unit 1, manakala unit 2 yang membekalka­n 600 MW musnah.

Menurut laporan NHK, sembilan terbunuh akibat gempa itu, sebahagian besarnya di perkampung­an Atsuma yang teruk dilanda tanah runtuh.

Menurut stesen televisyen itu, 33 orang dilaporkan hilang dan antara yang terbunuh ialah lelaki 82 tahun yang jatuh tangga dalam rumahnya ketika gempa kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan itu.

Kira-kira 20,000 anggota penyelamat, termasuk polis dan jabatan pertahanan awam sudah digerakkan ke kawasan terjejas dan kerajaan menghantar 20,000 lagi anggota.

“Kami akan melakukan sebaik mungkin bagi menyelamat­kan nyawa,” kata Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, selepas mesyuarat Kabinet.

Awal minggu ini, Taufan Jebi melanda tengah Jepun menyebabka­n 11 terbunuh, manakala Lapangan Terbang Antarabang­sa Kansai ditutup sebelum dibuka semula semalam. - AFP

 ??  ?? ANGGOTA Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) mencari mangsa yang terselamat di sebuah rumah yang rosak akibat tanah runtuh di bandar Atsuma, Hokkaido. - Reuters
ANGGOTA Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) mencari mangsa yang terselamat di sebuah rumah yang rosak akibat tanah runtuh di bandar Atsuma, Hokkaido. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia