Harian Metro

Misi naib juara buat skuad hoki remaja

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Skuad hoki remaja negara perlu meletakkan sasaran muncul naib juara pada Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor edisi kelapan yang akan diadakan di Stadium Hoki Taman Daya bermula 6 hingga 13 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, walaupun sasaran sebenar adalah di kelompok empat terbaik namun skuad hoki remaja yang pernah muncul juara pada 2011 perlu meletak sasaran lebih baik.

Katanya, skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nazifuddin itu pasti tidak mahu mengecewak­an peminat hoki tempatan dan pasukan juga sedang merangka persiapan bagi menghadapi Piala Asia Remaja tahun depan.

“Ketahanan mental dan tidak peduli kekuatan pasukan lawan memainkan peranan penting buat skuad hoki remaja menyerlah dalam kejohanan itu dan saya optimis mereka mampu beri tentangan sengit untuk menebus kehampaan tahun lalu selepas sekadar menamatkan saingan di tangga kelima.

“Saya percaya Konfederas­i Hoki Malaysia (MHF) sudah membuat persiapan rapi untuk skuad remaja bagi saingan Piala Sultan Johor dan yakin barisan pemain juga enggan dikecewaka­n lagi dan kesungguha­n setiap pemain memainkan peranan mencapai kejayaan,” katanya pada majlis pelancaran Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor di Persada Johor, semalam.

Pada majlis pelancaran itu, wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim berkenan menerima penajaan berjumlah RM2.15 juta dengan kerajaan negeri dan Ritz Corporatio­n Holding Berhad masing-masing menaja RM500,000.

Kejohanan edisi kelapan itu turut menampilka­n juara bertahan, Australia, naib juara Britain, India, New Zealand dan Jepun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia