Harian Metro

Pelaburan tetap berbaloi

- Helmi Talkah dan Syafiq Aznan sporteam@nstp.com.my

„ Newenham pertahan keberkesan­an Program Podium walaupun tidak mencapai sasaran

Meskipun dilabel gagal oleh banyak pihak, bekas Pengarah Podium, Tim Newenham tetap mempertaha­nkan keberkesan­an program berkenaan.

Newenham sebaliknya menganggap ‘pelaburan’ yang memakan kos RM67 juta tetapi hanya tujuh emas Sukan Komanwel 2018 dan tujuh emas Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang berjaya dibawa pulang itu sebagai berbaloi.

“Adakah saya berasakan perbelanja­an Program Podium terlalu tinggi? Tidak. Sebenarnya ia membawa pulangan yang memberangs­angkan menerusi kejayaan yang ditunjukka­n.

“Apa yang kita lakukan adalah memberi perkhidmat­an kepada atlet dan jika hendak dibandingk­an, banyak negara yang sudah menggunaka­n teknologi terkini dan kepakaran sains sukan untuk membantu meningkatk­an kemampuan atlet mereka.

“Jadi sebab itulah kita perlu melabur dan mengikut perkembang­an semasa dengan pantas. Jika tidak, sudah tentu kita akan terus ketinggala­n,” katanya.

Antara misi

Program Podium ialah kontinjen negara perlu menempatka­n diri dalam kelompok 10 terbaik keseluruha­n pada temasya Komanwel dan Asia selain berpaksika­n emas pertama di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Program Podium mula diperkatak­an ramai termasuk bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Mazlan Ahmad yang menganggap ia gagal walaupun dibekalkan dengan kos tinggi.

Kritikan demi kritikan yang dilemparka­n membuatkan Newenham membuat keputusan untuk meletakkan jawatan tetapi pada masa sama, beliau tetap mempertaha­nkan kerja-kerjanya selama ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

secara peribadi mahu calon tempatan dilantik mengetuai Program Podium susulan peletakan jawatan Newenham.

Beliau percaya, Malaysia mempunyai ramai tokoh yang layak untuk mengisi kekosongan berkenaan dalam misi memastikan kontinjen negara meraih pingat emas pertama pada Olimpik Tokyo 2020.

“Apa yang paling penting adalah kebolehan individu itu. Saya dimaklumka­n di Malaysia kita mempunyai ramai tokoh layak yang sudah memenangi pelbagai jenis pingat dan memiliki pengalaman luas namun ia tidak semestinya bekas atlet.

“Saya akan pastikan proses ini dijalankan secara telus dan jika ada pihak yang mempertika­ikan nanti, ia hanya segelintir. Sempena sesi ‘townhall’ yang akan diadakan nanti bersama MSN, ISN (Institut Sukan Negara), OCM (Majlis Olimpik Malaysia) dan NSA (Persatuan Sukan Kebangsaan), saya akan dapatkan maklum balas daripada mereka.

“Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada Newenham atas khidmat dan sumbangann­ya terhadap Program Podium,” kata Syed Saddiq.

(gambar)

 ??  ??
 ?? Tim Newenham ?? Apa yang kita lakukan adalah memberi perkhidmat­an kepada atlet dan jika hendak dibandingk­an, banyak negara yang sudah menggunaka­n teknologi terkini dan kepakaran sains sukan untuk membantu meningkatk­an kemampuan atlet mereka”
Tim Newenham Apa yang kita lakukan adalah memberi perkhidmat­an kepada atlet dan jika hendak dibandingk­an, banyak negara yang sudah menggunaka­n teknologi terkini dan kepakaran sains sukan untuk membantu meningkatk­an kemampuan atlet mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia