Harian Metro

Mbappe terlepas tiga aksi bersama PSG

-

Paris: Pemain remaja sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe digantung tiga perlawanan selepas mengutip kad merah ketika menentang Nimes, minggu lalu, umum Liga Perancis, semalam.

Tonggak berusia 19 tahun ini yang meledak gol ketika meraih kemenangan 4-2, dibuang padang selepas menolak Teji Savanier apabila pemain Nimes itu menjatuhka­nnya.

Kelab juara Perancis itu akan beraksi tanpa

Mbappe untuk saingan

Ligue 1 menentang

Saint-Etienne pada 14

September, Renner (23 September) dan Reims, tiga hari selepas itu.

Bagaimanap­un, hukuman itu tidak menjejaska­n Mbappe untuk beraksi dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara menentang naib juara musim lalu, Liverpool dalam pertembung­an di Anfield, 18 September ini.

Savanier, yang turut dibuang padang oleh pengadil, Jerome Brisard selepas insiden itu pula dihukum gantung lima perlawanan.

Pada pertembung­an itu, Mbappe sudah menerima kad kuning pada aksi babak pertama. Kad merah itu adalah yang kedua dalam karier Mbappe selepas dibuang padang pada Januari lalu kerana mengasari pemain Rennes, Ismaila Sarr pada pertembung­an separuh akhir Piala Liga Perancis.

Ketika ini, dia tidak menghadiri sesi pendengara­n disiplin kes berkenaan kerana menyertai skuad kebangsaan Perancis sebagai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia