Harian Metro

Gilap bintang muda Azzurri

- AFP

Roberto Mancini akan membimbing aksi kompetitif pertamanya sebagai pengendali Itali dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara, menentang Poland di Bologna, hari ini dengan matlamat utama mengembali­kan hubungan erat rakyat negara itu dengan skuad kebangsaan selepas gagal layak ke Piala Dunia.

Bekas pengendali Inter Milan dan Manchester City itu dilantik Mei lalu, susulan kegagalan juara dunia empat kali itu melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Tugas Mancini adalah membentuk skuad baharu yang lebih bertenaga untuk Kejuaraan Eropah dua tahun lagi, seterusnya Piala

Dunia 2022 di Qatar.

Liga Negara-Negara di mana Itali turut berdepan juara Eropah Portugal dalam Kumpulan 3 akan mempengaru­hi undian bagi saingan Euro 2020.

Pengendali berusia 53 tahun itu menegaskan kunci kepada strateginy­a ialah membawa muka baharu selepas persaraan beberapa tonggak veteran, termasuk penjaga gol legenda, Gianluigi Buffon yang bersara selepas kekalahan pada aksi playoff Piala Dunia di tangan Sweden November lalu.

Ketiadaan Buffon membuka ruang buat penjaga gol 19 tahun AC Milan, Gianluigi Donnarumma untuk mengawal gawang Itali.

“Kami kumpulan yang hebat, sangat muda,” kata Donnarumma.

“Kami tekad untuk mengembali­kan bola sepak Itali ke tempat yang sepatutnya. Ini tugas kami.”

Itali kini tergelinci­r ke ranking dunia FIFA paling rendah dalam sejarah mereka iaitu di tangga ke-21.

Mereka tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 dan 2014, tetapi tampil lebih baik di Kejuaraan Eropah dengan mara ke final 2012 dan

suku akhir 2016.

„ Mancini tagih kudrat baharu berdepan Poland

 ??  ?? MANCINI
MANCINI
 ??  ?? PEMAIN Itali ketika sesi latihan menjelang pertemuan dengan Poland.
PEMAIN Itali ketika sesi latihan menjelang pertemuan dengan Poland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia