Harian Metro

Tak habishabis gaji tertunggak

-

Kuala Lumpur: “Memalukan. Bukan saja kita, malah negara luar pun tahu cerita (isu tunggakan gaji) ini. Kita berusaha melonjakka­n standard Liga M, tapi bila perkara sebegini berlaku, bagaimana kita nak capai tahap yang diinginkan?” kata bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar ketika diminta mengulas isu tunggakan gaji yang terus mencemarka­n saingan bola sepak tempatan ketika ini.

Azlan berkata, masalah yang sudah bermula sejak zaman amatur itu boleh memberi kesan lebih buruk dalam usaha melahirkan pemain berkualiti pada masa depan.

“Isu tunggakan gaji ini ibarat kita tak hormat pemain. Jadi tolong hormati punca pendapatan pemain kerana ia yang akan mempengaru­hi emosi pemain apabila memasuki padang.

“Pemain luar nak datang sini pun takut, saya dengar khabar angin yang pemain dari Thailand hanya akan datang ke Malaysia sebagai pilihan terakhir mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta dua pasukan dari Piala FAM iaitu Perlis dan Terengganu City membayar sejumlah RM744,500 tunggakan gaji kepada pemain mereka.

Sukan NSTP sebelum ini turut melaporkan jawatankua­sa berkenaan mengarahka­n enam pasukan melunaskan tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak membabitka­n jurulatih dan pemain dengan jumlah keseluruha­n kira-kira RM2.4 juta.

Selain itu, Azlan turut menempelak pengurusan tertinggi pasukan negeri dan kelab yang disifatkan sebagai punca masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga M belum menemui jalan penyelesai­an.

“Ramai berebut nak jadi presiden, timbalan presiden, setiausaha dan sebagainya, tapi gagal menjalanka­n tugas dengan baik. Tugas menjaga kebajikan pemain antara tugas paling penting bagi pengurusan.

“Ada persatuan yang mana bila presiden letak jawatan, timbalan presiden terus angkat tangan kata tak boleh bantu, jadi selama ini hanya presiden saja ke yang buat kerja?

“Sebab itu ada pemain bola sepak kita yang kais pagi makan pagi dan saya rasa ini satu perkara yang semua pihak harus pandang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia