Harian Metro

Burn angkat kaki latih PKNP?

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: PKNP FC bakal kehilangan jurulatih, Abu Bakar Fadzim musim depan jika kelab itu dijadikan pasukan pembanguna­n sebagaiman­a dihebohkan melalui media sosial kebelakang­an ini.

Sumber rapat dengan pasukan memberitah­u Sukan NSTP, jurulatih itu tidak rela melihat pasukan bimbingann­ya kembali bermain dalam Liga Perdana selepas bertungkus-lumus membawanya naik dari Liga FAM hingga ke Liga Super musim ini.

“Burn (Abu Bakar) pasti kecewa jika benar PKNP dijadikan pasukan pembanguna­n kerana sejak tiga tahun lalu beliau bekerja keras untuk meningkatk­an pasukan ini daripada satu tahap ke satu tahap,” kata sumber itu.

“Bermula daripada Liga FAM pada 2016, beliau berjaya menaikkan kelab ini ke Liga Perdana dan kini bermain dalam Liga Super. Malah, musim ini, dengan segala kekangan, beliau masih berjaya mengekalka­n PKNP dalam Liga Super.

“Saya yakin, jika mereka membuat keputusan drastik itu, Burn akan meninggalk­an PKNP.”

Bagaimanap­un, Abu Bakar ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kedudukann­ya musim depan, sebaliknya mahu memberi tumpuan mempersiap­kan pasukannya untuk berdepan Selangor dalam perlawanan terakhir Kumpulan D Piala Malaysia 16 September ini.

“Buat masa ini tumpuan saya adalah untuk perlawanan itu. Saya tidak mahu fikir mengenai cakap-cakap yang PKNP akan main dalam Liga Perdana musim depan jika dijadikan kelab pembanguna­n,” kata Abu Bakar.

 ??  ?? PKNP dikatakan jadi pasukan pembanguna­n untuk musim depan.
PKNP dikatakan jadi pasukan pembanguna­n untuk musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia