Harian Metro

Bukan lawan mudah

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

„ Cheng Hoe gesa pemain waspada ancaman Taiwan

Mungkin ramai yang menganggap Taiwan bukanlah pasukan yang hebat, namun bagi jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, bukan mudah bagi anak buahnya untuk mengatasi pasukan berkenaan.

Apatah lagi, Taiwan menduduki ranking 125 dunia - 46 anak tangga di depan Malaysia dan jika mahu melonjakka­n kedudukan dalam senarai FIFA, Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan selain menang, malam ini.

Memperbaik­i ranking adalah antara misi Cheng Hoe di Taiwan selain mempersiap­kan pasukan bagi menghadapi Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.

Sedar dengan kekuatan yang dimiliki Taiwan, Cheng Hoe pantas mengingatk­an anak buahnya supaya tidak memandang rendah skuad kendalian Gary White itu walaupun pada masa sama beliau tidak dapat membawa skuad terbaik.

“Kami tahu Taiwan pasukan mantap dan satu negara yang memiliki budaya bola sepak. Jadi tuan rumah juga bakal mendapat sokongan padu penyokong mereka yang akan memenuhi ruang stadium.

“Taiwan mempunyai pemain yang bagus dalam skuad kebangsaan mereka selain ditambah dengan pemain naturalisa­si.

“Apapun kami akan cuba yang terbaik untuk mendapatka­n kemenangan (untuk memperbaik­i ranking Harimau Malaya),” katanya, semalam.

Selepas berdepan Taiwan, anak buah Cheng Hoe akan mengharung­i satu lagi aksi persahabat­an antarabang­sa berdepan Kemboja di Phnom Penh, Isnin ini.

Cheng Hoe berdepan sedikit masalah untuk mengharung­i dua aksi persahabat­an itu susulan terpaksa melepaskan Norshahrul Idlan Talaha kerana urusan keluarga, sekali gus hanya meninggalk­an Zaquan Adha Abd Radzak, Shahrel Fikri Fauzi dan R Kogileswar­an di bahagian serangan.

Harimau Malaya juga bakal mengharung­i tiga lagi aksi persahabat­an berdepan Sri Lanka dan Kyrgyzstan pada 12 dan 16 Oktober sebelum menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia