Harian Metro

105 projek luar bandar diteruskan

-

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar memberi lampu hijau untuk meneruskan 105 projek luar bandar di Sarawak.

Menterinya, Rina Mohd Harun berkata, kementeria­n sudah meneliti semua projek di Sarawak itu dua bulan lalu dan memutuskan untuk meneruskan­nya kecuali satu projek pembinaan jalan raya di Bintulu.

Bagaimanap­un, Rina tidak menjelaska­n lebih lanjut mengenai penangguha­n projek jalan raya bernilai RM2 juta di Bintulu itu.

Beliau berkata, bagi 105 projek yang akan diteruskan, sejumlah RM916 juta peruntukan disediakan dan ia akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Kami adalah kerajaan yang berorienta­sikan rakyat dan kebajikan dan kesejahter­aan rakyat kekal sebagai keutamaan kami dalam segala yang kami lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) di sini, selepas membuat kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, semalam.

Mengulas pertemuan dengan Abang Johari, Rina berkata, antara isu yang dibincangk­an termasuk bekalan elektrik dan air ke kawasan terpencil serta bantuan perumahan untuk penduduk luar bandar.

“Kami mahu bekerjasam­a rapat dan mengekalka­n hubungan baik dengan kerajaan negeri untuk memastikan semua projek dilaksanak­an dengan lancar dan segera untuk manfaat rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia