Harian Metro

Impak positif UMS

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

„ Bawa nilai tambah dalam usaha peningkata­n taraf hidup, ekonomi masyarakat

Kewujudan Universiti Malaysia Sabah (UMS) membawa implikasi positif dan nilai tambah dalam usaha peningkata­n taraf hidup serta ekonomi masyarakat negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata UMS menjana satu transforma­si pembanguna­n pesat dalam tempoh yang pantas di Sabah.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri terus komited serta sentiasa memberi kerjasama dalam membantu segala usaha ke arah kemajuan dan peningkata­n tahap pendidikan tinggi negara.

“Sebagaiman­a kita lihat hari ini, sejak kewujudan UMS di Sabah, pembanguna­n dan kemajuan negeri ini bergerak seiring demi menampung keperluan ekonomi dan sosial pelajar,” katanya pada Majlis Ikrar dan Aku Janji Pelajar Baharu Sesi 2018/2019 di UMS di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Terdahulu, Mohd Shafie mengingatk­an penuntut baharu UMS mengenai dua tanggungja­wab utama yang perlu dilaksanak­an mereka, iaitu menguasai ilmu dan membina personalit­i serta perwatakan diri yang positif.

Sementara itu, Dr D Kamarudin berkata, seramai 4,220 pelajar memilih melanjutka­n pengajian di UMS bagi sesi 2018/2019 dengan lebih separuh atau 2,436 adalah dari negeri ini, manakala baki 1,718 dari Semenanjun­g dan Sarawak. Katanya, tahun ini UMS turut menerima 21 pelajar orang kurang upaya (OKU) dan 66 pelajar antarabang­sa dari China, Brunei, Gabon, Jerman, Jepun, Indonesia, Thailand, Korea Selatan serta Bangladesh.

“Pada sesi kemasukan tahun ini, UMS menawarkan empat program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Minyak dan Gas, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ijazah Sarjana Kesihatan Awam dan Diploma Kejurutera­an Minyak dan Gas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia