Harian Metro

SUKARELAWA­N URUS JENAZAH

- Amir Abd Hamid amir_hamid@nstp.com.my

„ 3 lelaki urus jenazah secara percuma untuk waris kurang mampu

Bangi

Mereka mempunyai karier masing-masing. Namun tiga individu ini sanggup meluangkan masa dan tenaga melakukan kerja sukarela menguruska­n jenazah sehingga pengebumia­n khususnya kepada waris kurang berkemampu­an tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Mohd Zulhairi Zainol, 34, Suhadi Mohd Irwan, 42, dan Nik Muhamad Nik Anuar, 31, yang tinggal di Bandar Baru Bangi, di sini, menganggap kerja fardu kifayah itu adalah khidmat mereka untuk memudahkan si mati ke perjalanan terakhir di dunia ini selain dapat mengurangk­an bebanan waris. Lebih mesra disapa Heri, Mohd Zulhairi Zainol yang juga mekanik dulunya memiliki bengkel kenderaan usahasama dengan rakannya dan dia mula melakukan khidmat amal menguruska­n jenazah secara percuma pada awal 2016.

Kesibukan dalam melaksanak­an khidmat amal itu menyebabka­n dia dengan rela melepaskan perniagaan bengkel kepada rakan kongsinya.

“Menyelengg­ara kenderaan di bengkel memerlukan komitmen masa dan tenaga yang tinggi.

“Walaupun ekonomi saya agak baik waktu itu namun selepas terbabit dengan pengurusan jenazah, rezeki tidak putus malah kehidupan saya tenang.

“Saya memilih kerja amal ini sebab saya mahu membantu golongan yang kurang berkemampu­an selain memudahkan urusan si mati.

“Ada kes sudah berbulan-bulan jenazah tidak diuruskan atas pelbagai sebab dan disimpan di peti sejuk.

“Apabila dapat kes sebegini, saya rasa sedih namun pada masa sama lega sebab akhirnya jenazah itu dapat disempurna­kan hingga dapat disemadika­n,” katanya.

Dia juga tidak sanggup melihat ada keluarga yang tidak berkemampu­an berterusan perlu membayar kos terlalu tinggi ketika mereka bersedih kehilangan insan tersayang.

Pengalaman­nya melihat seorang waris perlu membayar hampir RM2,000 untuk kos perkhidmat­an van jenazah sejauh 320 kilometer (km) mencetuska­n rasa simpati untuknya menawarkan khidmat sama secara percuma kepada keluarga miskin.

“Dari situ saya berniat alangkah baiknya jika kita dapat memudahkan waris arwah dengan mengenakan caj perkhidmat­an van jenazah paling rendah atau percuma sekiranya mereka betul-betul tidak berkemampu­an.

“Saya memuat naik niat itu di Facebook (FB) untuk meminta sumbangan rakyat Malaysia bagi memudahkan fardu kifayah ini dilaksanak­an.

“Alhamdulil­lah, sambutan rakyat Malaysia khususnya beragama Islam amat menggalakk­an malah sumbangan turut diterima dari luar negara membolehka­n saya membeli secara tunai dua kenderaan terpakai Toyota Hiace serta Naza Ria yang diubah suai menjadi van jenazah,” katanya.

Heri berkata, antara penyumbang selain masyarakat prihatin yang tinggal di negara ini adalah rakyat Malaysia bekerja di luar negara termasuk di Qatar dan Arab Saudi.

Selain itu, katanya, dua pemilik stesyen minyak Petronas dan Petron pula membantu dari segi minyak percuma serta kad Touch ‘n Go untuk menampung kos tol.

“Secara peribadi selepas kerap berdepan dengan kematian dan jenazah perlu diuruskan, saya lebih rasa insaf dan selalu ingat mati,” katanya.

 ??  ??
 ?? Nik Muhamad ?? SUKARELAWA­N membuat kerja memandikan jenazah dan menguruska­n jenazah sehingga kebumikan secara percuma. Rasa puas dapat bantu
si mati
Nik Muhamad SUKARELAWA­N membuat kerja memandikan jenazah dan menguruska­n jenazah sehingga kebumikan secara percuma. Rasa puas dapat bantu si mati
 ?? Suhadi Mohd Irwan ??
Suhadi Mohd Irwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia