Harian Metro

Suami bertuah dapat motor

-

Kuala Lumpur: “Saya sebenarnya tidak sangka suami menangis sebaik melihat motosikal berkenaan. Sebelum ini ada juga saya buat beberapa kejutan namun tindak balasnya tidak seperti itu,” kata Nur Syakira Ahmad, 27, isteri kepada Muhammad Firdaus Md Yusof, 28.

Video berdurasi satu minit memaparkan Muhammad Firdaus terkejut lalu menangis sebaik diberitahu rakannya motosikal baru itu dihadiahka­n oleh isterinya menjadi tular di media sosial dan ditonton lebih 90,000 pelayar.

Nur Syakira berkata, dia sudah lama menyimpan niat mahu menukarkan motosikal lama yang ditunggang­i bersama suami kepada yang lebih baik.

“Saya memikirkan keselamata­n diri dan suami kerana motosikal menjadi pengangkut­an utama untuk suami menghantar dan menjemput saya di tempat kerja di Bangsar ke rumah kami di Selayang.

“Jadi saya merancang bersama suami pengasuh anak untuk membeli motosikal baru jenis Honda RS150 dan diam-diam mengambil gambar lesen dan kad pengenalan suami untuk urusan dokumentas­i,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dua hari kemudian iaitu 5

September lalu dia diberitahu motosikal yang dibeli di sebuah kedai di Selayang boleh diambil suaminya.

“Saya berpakat dengan suami pengasuh dan mereka berdua ke kedai berkenaan kira-kira jam 6 petang.

“Suami pengasuh mengirimka­n video berkenaan dan saya sebak apabila melihat suami menangis terharu sebelum memuat naik di laman sosial,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di sebuah syarikat di Bangsar berkata, sebaik pulang suaminya ada bertanyaka­n hal itu dan dia memberitah­u ia sebagai hadiah kerana sudah lama memasang niat.

“Suami sebenarnya memang bercadang untuk menukar motosikal lama yang dibeli pada 2013, mungkin memikirkan beberapa komitmen lain membuatkan niatnya terbantut.

“Sebagai isteri, tidak salah saya membantu suami dan menggunaka­n wang simpanan RM3,000 sebagai wang pendahulua­n, bayaran bulanan berjumlah lebih RM300 saya juga akan bayar.

“Ini juga dapat meredakan kerisauan saya mengenai keselamata­n dia jika keluar bekerja. Saya faham kadang-kadang lelaki akan fikir isu ini remeh, asalkan motosikal boleh gerak tidak perlu menukarnya lagi, namun ia tidak dapat membendung kerisauan di hati saya,” katanya.

 ??  ?? NUR Syakira dan Muhammad Firdaus bersama ahli keluarga.
NUR Syakira dan Muhammad Firdaus bersama ahli keluarga.
 ??  ?? MUHAMMAD Firdaus gembira bersama motosikal diterimany­a.
MUHAMMAD Firdaus gembira bersama motosikal diterimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia