Harian Metro

TABAH DIUJI

- Najiy Jefri cnews@nstp.com.my

„ Elfira Loy luah isi hati hadapi banyak dugaan

“Allah uji saya dalam banyak perkara dan ia menjadikan saya wanita yang kuat dan bersabar untuk segalanya,” tulis pelakon Elfira Loy di Instagram miliknya.

Elfira seolah-olah meluahkan isi hatinya yang berdepan banyak dugaan hidup.

Pelakon dan pengacara terkenal itu percaya masa yang tepat akan tiba dan dia akan merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran orang ramai.

“Perancanga­n Allah adalah yang terbaik. Ada banyak perkara yang ingin saya luahkan dalam kapsyen ini. Saya tulis dan padam kapsyen yang panjang supaya dapat menjelaska­n segala yang berlaku dalam hidup saya ketika ini. Namun, saya melihat tiada keperluan untuk saya bertindak sedemikian.

“Saya tahu waktu yang tepat akan tiba dan segala jawapan yang anda ingin ketahui diumumkan nanti. Saya hanya perlu banyak berdoa,” katanya.

Menurut Elfira, tiada siapa mampu mengubah takdir seseorang melainkan Allah SWT dan berharap masyarakat tidak menghukum dirinya.

“Allah saja yang boleh mengubah segalanya dan bukan anda. Bagi saya, jika tiada sesuatu yang baik untuk diperkatak­an lebih baik diam,” katanya.

Ahad lalu kecoh di media sosial berita pertunanga­n Elfira dengan jejaka yang bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomuni­kasi terkemuka di ibu kota.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia