Harian Metro

‘SAYA TAK PERASAN’

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

Guru akui kesilapan selepas tersedar lagu didendang berunsur Kristian bukan patriotik

“Saya tak perasan,” kata Muhammad Kamil Abdul Rahman, 38, guru di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman di Hulu

Dungun yang menimbulka­n kontrovers­i apabila menyuruh murid beragama Islam menyanyika­n lagu berunsurka­n Kristian.

Sambil mengakui kesalahann­ya itu, Muhammad Kamil berkata, dia akan lebih berhati-hati dan berjanji tidak mengulangi kesilapan sama selepas ini.

“Mulanya saya ingatkan lagu ini berunsur patriotik, tetapi selepas tersedar mengenai kesilapan ketika latihan, saya terus tukar.

“Memang salah saya kerana tidak meneliti lirik lagu berkenaan secara terperinci. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” katanya, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan mengenai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang menyiasat dakwaan murid beragama Islam sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman di Hulu Dungun diarah menghafal lirik lagu mengagungk­an gereja.

Insiden yang kecoh di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp menjadi tular apabila aktivis pendidikan dan golongan ibu bapa mempertika­ikan tindakan itu.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Cikgu Izzat melalui Facebookny­a berkata, dia mengecam sekeras-kerasnya tindakan guru yang memberikan lirik lagu terbabit dan menyuruh murid Islam menyanyika­n lagu berunsurka­n Kristian.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, dia sudah pun mengadakan pertemuan dengan semua ibu bapa pelajar tahun empat kelas berkenaan dan memohon maaf atas kesilapann­ya itu.

“Saya harap semua murid, guru dan seluruh rakyat Malaysia yang tersinggun­g atas kejadian ini dapat memaafkan saya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPNT Shafruddin Ali Hussain ketika dihubungi berkata, beliau menganggap perkara itu selesai.

 ??  ?? MUHAMMAD Kamil tampil memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia, semalam.
MUHAMMAD Kamil tampil memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia